CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15925|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Sindiket seludup arak luput tarikh

[Copy link]
Post time 18-9-2023 06:07 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Hafiz Ishak (kanan) melihat mesin yang digunakan untuk mencetak tarikh luput baharu pada tin bir yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan dalam sidang akhbar di Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.



SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mengesan taktik terbaharu penyeludup arak yang mencetak label tarikh luput baharu bertujuan mengelirukan mereka yang mengambil minuman keras itu.

Pengarah Kastam negeri, Mohamad Hafiz Ishak berkata, pihaknya percaya minumuan keras yang diseludup itu telah pun melepasi tarikh luput sebenar tetapi masih dijual kepada orang ramai.

Katanya, perbuatan itu terbongkar dalam serbuan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan ke atas sebuah gudang lama di Jalan Puchong, Kuala Lumpur pada 8 September lalu.

“Dalam serbuan ini, kami menemui sebuah mesin yang digunakan untuk mencetak tarikh luput baharu pada tin minuman keras yang diseludup dari luar negara.

“Kami tidak menolak kemungkinan minuman keras yang dirampas ini telah pun luput tarikh sebenar tetapi dicetak tarikh luput baharu sebelum dijual kepada orang ramai bagi meraih keuntungan berlipat kali ganda,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya telah menemui sebanyak 121,680 tin bir 500 mililiter (ml), 12,720 tin bir 330 ml dan 100 liter draught beer yang terdiri daripada pelbagai jenama.

Jelasnya, kesemua bir yang dijumpai adalah disyaki barang belum lulus kastam dan barangan larangan import.

“Nilai bir dianggarkan lebih RM362,000 dan duti/cukai yang terlibat dianggarkan adalah lebih RM1.9 juta. Ketika serbuan tiada tangkapan dibuat tetapi kami telah mengenal pasti pemilik gudang berkenaan,” ujarnya.

Mohamad Hafiz berkata, bir yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan diseludup masuk oleh sindiket dan disimpan di dalam gudang yang terletak di kawasan terpencil.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 (1)(a) Akta Eksais 1976.-UTUSAN.

https://www.utusan.com.my/berita ... -arak-luput-tarikh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.350731 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list