CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2809|Reply: 0

[Melaka] Tuala atas kepala jadi 'trademark'

[Copy link]
Post time 20-9-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode

GELAGAT Adami Hairi menari mencuit hati netizen. FOTO Ihsan Adami Hairi

Melaka: Kebolehan dan gaya bersahaja Adami Hairi menari tarian hindustan membuatkan ramai terhibur melihat gelagatnya.

Adami, 32, mendapat perhatian selepas memuat naik videonya menari di TikTok.

Video parodi lakonannya turut mencuit hati dan bertitik tolak daripada situ, ramai ternanti perkongsian Adami hingga mengumpul lebih 34,000 pengikut.

Menurut Adami, niat awalnya membuka akaun TikTok adalah untuk suka-suka saja namun akhirnya terjebak dan aktif sehingga kini.

"Kalau nak kata pandai menari itu sebenarnya tak juga kerana tiada asas tapi boleh la sikit dan ada tarian itu saya tiru daripada filem hindustan.

"Idea untuk menari itu pun datang secara spontan saja dan tak sangka yang menonton terhibur seterusnya minta saya muat naik video terbaru.

"Tuala atas kepala saya itu pula kebetulan saja pakai setiap kali rakam video. Kemudian ia jadi macam 'trademark' dalam setiap video," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Adami, reaksi diterima bercampur baur kerana ada yang suka dan juga sebaliknya.

"Lumrah bila kita ketengahkan diri di laman sosial, akan ada komen positif dan negatif namun setiap watak saya lakonkan sekadar untuk menghiburkan pengikut.

"Tapi gembira juga apabila ada yang komen mereka tengah ada masalah namun jadi seronok hingga lupa sekejap (masalah).

"Itu kepuasan saya kerana nak lihat pengikut ceria setiap hari terutama selepas menonton video saya

"Saya nak hiburkan orang supaya mereka dapat lupakan seketika masalah yang ada, itu saja," katanya.

Di sebalik karakter 'gila-gila' ditonjolkannya, Adami berkata, dia sebenarnya minat menyanyi dan baru menghasilkan single baharu bertajuk Angauku Mekar.

"Mungkin tak ramai tahu saya juga penyanyi kerana nampak lebih menonjol dengan video parodi di TikTok.

"Hakikatanya, saya aktif menyanyi sejak berusia 18 tahun lagi bermula dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian hingga dilamar syarikat rakaman pada 2019 untuk menghasilkan single pertama.

"Saya akui diri ini pendatang baru dalam industri seni tetapi bersyukur kerana sudah diberi kepercayaan oleh penganjur untuk buat persembahan termasuk di Karnival Jom Heboh.

"Bagaimanapun, saya masih bekerja dan belum terfikir berhenti buat masa ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pala-jadi-trademark
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051831 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list