CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2927|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jangan terpedaya 'scammer', semak di talian 997 - KP Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 20-9-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode

Allaudeen Abdul Majid

Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan tidak terpedaya taktik 'scammer' yang memancing mangsa menggunakan pelbagai tawaran yang tidak masuk akal dengan pulangan lumayan.

Pelbagai taktik penipuan dilaporkan di media membabitkan berjuta-juta ringgit dengan mangsanya terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, sebarang tawaran saham atau pembelian dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan perlu disemak dengan teliti bagi mengelak menjadi mangsa sindiket.

Menurutnya, bagi membanteras kegiatan itu pihaknya mempergiatkan lagi serbuan dan pertuduhan bagi jenayah komersial di Kuala Lumpur.

"Saya nasihatkan masyarakat janganlah terpedaya dengan tawaran yang nampak lumayan.

"Lebih-lebih lagi perkara berkaitan pembelian dalam talian yang tidak realistik. Orang ramai boleh semak melalui talian 997 (Pusat Respon Scam Kebangsaan)," katanya ketika ditemui di Himpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat hari ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur mencatat peningkatan tangkapan membabitkan 'call centre' sebanyak 64 kes berbanding 57 tahun lalu.

"Baru-baru ini kita buat lima serbuan di lima lokasi 'call centre' di Kuala Lumpur bagi membanteras kegiatan ini.

"Pada masa sama jenayah komersil mencatatkan peningkatan kadar pertuduhan semasa kepada 58 peratus pada tahun ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 997-kp-kuala-lumpur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035182 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list