CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2411|Reply: 0

[Johor] Rakyat lega ada jualan Agro Madani

[Copy link]
Post time 20-9-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode

PENGERUSI Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip (tengah) membantu Azhar mendapatkan beras dan ayam pada Program Jualan Agro Madani - Beras Putih Tempatan. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: "Saya terpaksa beli beras mahal (beras import) bulan ini, kerana tiada beras tempatan di kedai runcit selepas sudah beberapa kali mencari.

Keluhan itu disuarakan Pesara, Azhar Abdul Wahab, 74, yang menyatakan kelegaannya apabila terdapat Jualan Agro Madani di Pasar Tani Kekal Datin Halimah oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.

Azhar yang datang seawal 7 pagi tadi memaklumkan, jualan FAMA sangat membantunya kerana harga RM27 dapat membeli sekampit Beras Putih Tempatan (BPT) dan seekor ayam.

"Bulan lepas saya terpaksa membeli beras pada harga RM39 sekampit.

"Saya sudah cari beberapa lokasi termasuk kedai runcit dan pasar raya di sekitar Tampoi untuk mencari beras yang biasa kami sekeluarga makan tetapi tiada beras 10 kilogram dengan harga RM26.

"Alhamdulillah rezeki hari ini dapat beli beras dengan harga RM27 dan dapat ayam seekor," katanya ketika ditemui selepas Program Jualan Agro Madani menerusi FAMA di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, di sini hari ini.

Sementara itu, Suri Rumah, Hafizah Hassan, 35, berkata, Jualan Agro Madani membantunya membeli BPT pada harga yang mampu.

Katanya setiap bulan hanya membeli sekampit beras 10 kilogram untuk keperluan keluarga termasuk tiga anaknya.

"10 kilogram beras memang tahan sebulan. Semalam memang pergi belanja dapur, saya cari beras biasa pada harga sebelumnya tiada, yang ada hanya berharga RM39 dan ke atas.

"Alhamdulillah dapat beli pada harga kawalan hari ini," katanya.

Menerusi pelan intervensi pengedaran BPT oleh FAMA, 30,000 metrik tan BPT diedarkan ke empat pusat operasi FAMA di Johor Bahru, Tangkak, Simpang Renggam dan Batu Pahat.

Menerusi pelan ini FAMA juga akan membuat jualan terus kepada outlet peruncitan di 39 outlet FAMA iaitu 21 Agrobazaar Kedai Rakyat, 13 Agrobazaar Rakyat dan lima Pasar Tani Kekal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jualan-agro-madani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.677830 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list