View: 2593|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
N. Sembilan akan mohon bekalan tambahan beras putih tempatan
[Copy link]
|
|
Pengguna hadir bagi mendapatkan jualan beras putih tempatan di Pusat Operasi Fama Senawang, hari ini.
SEREMBAN – Kerajaan negeri akan membuat permohonan bekalan tambahan beras putih tempatan bagi menampung keperluan rakyat yang dianggarkan memerlukan 30 metrik tan seminggu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, FAMA Negeri Sembilan mengedarkan sebanyak 2,000 kampit beras seberat 20 metrik tan ke enam outlet agensi berkenaan serta 16 outlet usahawan.
Menurutnya, bekalan bagi pek 10 kilogram (kg) dijangka habis dalam tengah hari ini.
“Saya meminta FAMA buat pembelian lagi dan memohon bekalan tambahan beras putih tempatan untuk Negeri Sembilan. Dalam tempoh seminggu, lebih kurang 30 metrik tan beras (tempatan dan import) diperlukan rakyat di negeri ini.
“Kalau boleh kita bekalkan 30 hingga 40 metrik tan seminggu pun dah selesaikan masalah (pembelian beras) ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan jualan beras putih tempatan di Pusat Operasi FAMA Senawang, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Jalaluddin berharap agar tiada pembelian panik dilakukan sehingga menyebabkan masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan menjadi teruk.
“Saya yakin jika pembelian ikut kadar biasa, bekalan beras putih tempatan akan dapat diatasi. Buat masa ini bekalan beras putih tempatan masih kekal di dalam pasaran” katanya.
Malah menurutnya, masalah kekurangan itu juga disebabkan beberapa faktor antaranya cuaca, namun bekalan akan kembali pulih apabila faktor-faktor ini dapat diatasi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ras-putih-tempatan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|