|
Amirudin (enam dari kanan) diiringi Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Datuk Ramli Mohd Tahir (empat dari kiri) dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Noraini Roslan (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran Lori Kompaktor Baharu dan Imej Korporat Baharu KDEB Waste Management di Shah Alam. - Foto BH/FAIZ ANUAR
SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan bertemu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mendapat penjelasan berhubung bekalan beras di negeri ini, hari ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bersedia untuk membantu dengan mengadakan Kempen Jualan Beras Ehsan bermula hari ini.
Katanya, sebanyak 2,700 kampit sehari akan dijual di tujuh tempat bagi peringkat awal pelaksanaan kempen.
"Kita akan mengubah sebahagian Jualan Ehsan Rahmah (JER) untuk kita menyelesaikan masalah beras untuk membantu kekurangan bekalan sehingga ia stabil.
Disyorkan Untuk Anda
"Bagi JER, kita sedang selaras semula dengan KPDN sebab mereka ada Jualan Rahmah Beras. Ia (JER) akan diteruskan, sekarang kita akan tumpu kepada beras sehingga bekalannya stabil," katanya di sini, hari ini.
Kempen jualan beras Ehsan bermula hari ini dengan RM13 bagi pek beras lima kilogram di Outlet Wisma PKPS, Seksyen 14; Outlet Ehsan PKPS, Seksyen 9; Outlet Ehsan PKPS, Meru; Kiosk Ehsan, Selangor Fruit Valley dan tiga lori bergerak Ehsan PKPS.
https://www.bharian.com.my/berit ... ambah-bekalan-beras |
|