View: 3221|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Op HUU: 36,432 saman dikeluarkan, nombor 'fancy' tak terkecuali
[Copy link]
|
|
ALLAUDEEN pada sidang media di IPK hari ini. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil.
Kuala Lumpur: Sebanyak 36,432 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan dalam tempoh seminggu menerusi Op Hormat Undang-undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua sejak 15 September lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, mana-mana individu yang disaman sepanjang operasi itu yang dijalankan sehingga 29 September tidak layak untuk mendapat tawaran pengurangan atau diskaun.
"Kalau kita lihat jumlah saman dikeluarkan mendapati masih ada ruang untuk warga Kuala Lumpur meningkatkan kepatuhan kepada peraturan lalu lintas.
"Kerana jumlah 36,432 saman dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari adalah jumlah yang besar menunjukkan masih ada pelanggaran peraturan secara sewenang-wenangnya, "katanya pada sidang media Op HUU Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Katanya, 126 pelbagai jenis operasi trafik dijalankan di sekitar ibu negara membabitkan 754 pegawai rendah polis (PRP) dan 45 pegawai kanan yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik sekitar ibu negara.
"Kesalahan paling kerap dilakukan membabitkan halangan lalu lintas sebanyak 27,755, berhenti di laluan pejalan kaki (1,523), tiada lesen memandu (678) dan warga asing memandu tanpa lesen (28).
"Selain itu 338 saman dikeluarkan atas kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah, nombor pendaftaran 'fancy' (198), berhenti petak kuning (32) dan lain-lain kesalahan 5,880," katanya.
Allaudeen berkata 59 individu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dan trafik manakala 29 kenderaan disita kebanyakannya kerana tidak memiliki cukai jalan dan lesen memandu sah.
Katanya, Polis Kuala Lumpur akan meneruskan operasi penguatkuasaan besar-besaran dalam tempoh berbaki tujuh hari pelaksanaan Op HUU berkenaan.
"Kita nasihat warga kota terus patuh peraturan-peraturan jalan raya bukan saja memudahkan mereka (pemandu) tetapi juga pengguna lain termasuk pejalan kaki.
"Contohnya jika pemandu berhenti di lintasan pejalan kaki ia mengganggu mereka yang ingin melintas jadi kita mohon kepatuhan undang-undang ditingkatkan jika tidak jumlah saman akan terus meningkat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ancy-tak-terkecuali |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|