CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3325|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis kesan sumber e-mel dakwa ancaman bom di Bank Negara

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode

Allaudeen Abdul Majid

Kuala Lumpur: Polis mengesan pihak yang membuat ugutan mendakwa wujud ancaman bom menerusi e-mel kepada salah seorang pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, bagi mengesan asal usul e-mel berkenaan.

"Ada pegawai BNM menerima e-mel mengatakan ada ancaman bom. Bagaimanapun selepas membuat tugasan flushing selama lebih dua jam, tiada sebarang bahan letupan ditemukan.

"Jadi kita akan siasat dari mana sumber e-mel itu dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Cyber Security Malaysia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan polis menerima laporan ancaman bom di BNM, jam 3 petang.

Susulan itu Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pengesanan dan pembersihan, namun tidak menemui sebarang ancaman seperti didakwa.

Terdahulu, tersebar satu mesej mengenai ancaman bom di bangunan BNM dan kakitangannya diminta bekerja dari rumah susulan penutupan sementara pejabat berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bom-di-bank-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.372199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list