|
Ismail ketika menerima rawatan di HSNI selepas menjalani pembedahan memotong tangan kanan. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: "Aduh. aduh...tolong aku...sakit sangat ni !, " itu antara jeritan seorang lelaki warga emas sejurus tangan kanannya digilis lori dalam kemalangan di Jalan Tongkang Pechah, berdekatan Klinik Kesihatan di sini, semalam.
Kemalangan berlaku sekitar jam 9 pagi itu menyebabkan tangan Ismail Selamat, 69, gagal diselamatkan dan terpaksa dipotong akibat hancur digilir lori.
Menceritakan kejadian itu, anak mangsa, Mohd Zakie Ismail, 40, berkata, sebelum kejadian bapanya menunggang motosikal dari rumah di Parit Bilal, di sini, untuk membeli barang dapur di sebuah pasar raya.
"Saya menerima panggilan ahli keluarga memaklumkan ayah terbabit kemalangan sebelum bergegas pulang dari Kulai ke Batu Pahat.
"Ketika dalam perjalanan, saya dimaklumkan ayah digilis lori hingga menyebabkan topi keledarnya pecah. Namun saya tergamam apabila doktor memberitahu tangan ayah tidak boleh diselamatkan berikutan saraf dan tulangnya hancur," katanya di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) tadi.
Menurut Mohd Zakie lagi, ayahnya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan memotong tangan bermula jam 7 malam hingga 1 pagi tadi.
Katanya, ayahnya masih dalam pemantauan pasukan perubatan kerana bimbang berlaku komplikasi lain selepas pembedahan memotong tangan selama enam jam.
"Pembedahan mengambil masa agak lama kerana ayah banyak kehilangan darah. Masa nak turun tandatangan kebenaran pembedahan, saya tak sampai hati. Namun demi menyelamatkan nyawa ayah, kami terpaksa.
"Semua jari kanannya hancur namun ayah bernasib baik apabila ada seorang anggota bomba segera memberi bantuan menghantarnya ke hospital.
"Saya bimbang kerana ayah menghidap penyakit buah pinggang dan pembedahan itu boleh menjejaskan kesihatannya," katanya yang mengajar di Pusat Pengajian At-Thoifury.
Mohd Zakie berkata, dia sekeluarga terkilan dengan sikap pemandu lori itu yang membiarkan bapanya meraung kesakitan tanpa memberi bantuan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.20 petang kelmarin.
Pada masa sama, pihaknya juga mengesahkan pemandu lori terbabit sudah membuat laporan polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayah-hancur-digilis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|