CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2110|Reply: 0

[Johor] Diperdaya 'scammer', pesara kerajaan rugi RM300,000

[Copy link]
Post time 23-9-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Batu Pahat: Pesara kerajaan kerugian hampir RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di media sosial.

Kejadian apabila mangsa berusia 68 tahun didakwa mengenali seorang wanita menerusi Facebook sebelum dipelawa menyertai satu pelaburan menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa berinteraksi dengan suspek menerusi media sosial dan WhatsApp bermula 24 Ogos lalu.

Beliau berkata, dalam interaksi itu, mangsa diajak menyertai pelaburan yang mana mampu memberi pulangan berganda mengikut jumlah modal dilaburkan.

"Suspek kemudiannya diminta memuat turun satu pautan pelaburan dengan mengisi maklumat peribadi termasuk kad pengenalan serta akaun bank.

"Pada masa sama, suspek juga menerangkan mangsa bagaimana mengendalikan aplikasi itu dan diberitahu keuntungan akan diagihkan mengikut modal masing-masing.

"Tertarik dengan tawaran itu, mangsa tidak berfikir panjang lalu bersetuju menyertainya," katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, bermula dari tarikh terbabit sehingga 21 September lalu, mangsa membuat tujuh pindahan ke dalam akaun berbeza atas arahan suspek dengan keseluruhan berjumlah RM289,067.

Bagaimanapun, Ismail berkata, selepas bayaran dibuat mangsa tidak menerima sebarang pulang seperti mana dijanjikan.

"Mangsa berasa tertipu lalu membuat laporan polis semalam. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ajaan-rugi-rm300000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.906191 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list