View: 5009|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Nak elak dicekup, GRO merangkak bawah pentas
[Copy link]
|
|
Sebahagian GRO warga asing yang ditahan dalam operasi Imigresen disalah sebuah kelab malam di Cheras Kuala Lumpur. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Kuala Lumpur: Lapan individu warga asing termasuk seorang wanita sanggup merangkak di dalam lubang kecil di bawah pentas semata-mata untuk menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa.
Bagaimanapun, helah itu terbongkar apabila tempat persembunyian mereka itu digeledah sepasukan pegawai Imigresen dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Ulu di sini, semalam.
Tindakan wanita warga asing berkenaan bersembunyi di tempat sempit itu menyebabkan dia mengalami luka di bahagian belakang badan serta tangan.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin berkata, seramai 40 pegawai melakukan serbuan di pusat hiburan itu, 11.10 malam tadi.
Katanya, serbuan itu dilakukan pihaknya selepas risikan dijalankan selama dua minggu sebaik menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan tidak bermoral membabitkan warga asing di pusat hiburan terbabit.
"Seramai 38 individu warga asing diperiksa dengan 34 daripadanya terdiri daripada 15 lelaki serta 19 wanita berusia antara 25 hingga 40 tahun yang ditahan atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan salah guna pas lawatan sosial.
"Mereka yang ditahan membabitkan 14 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar dipercayai bekerja sebagai bartender, manakala 18 wanita warga Thailand serta seorang wanita warga Laos pula disyaki wanita pelayan pelanggan (GRO)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas mengetuai operasi itu di pusat hiburan berkenaan, di sini, tengah malam tadi.
Syamsul berkata, ketika serbuan, ada antara wanita warga asing berkenaan didapati melakukan persembahan nyanyian.
"Kita percaya modus operandi mereka adalah meletakkan selempang kepada gadis (GRO) yang mereka pilih untuk melayan mereka di meja.
"Bagaimanapun ketika serbuan, tiada wanita-wanita berkenaan memakai selepang itu. Berdasarkan pakaian mereka yang seakan sama, kita juga syak kumpulan ini (GRO) mempunyai tema pada malam tertentu," katanya.
Beliau berkata, serbuan berkenaan adalah kali kedua dibuat di pusat hiburan terbabit dengan pertama kali diserbu sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
"Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Operasi seumpama ini akan diteruskan di pusat hiburan di ibu kota ini yang didapati melanggar peraturan Imigresen.
"Kami harap orang ramai membantu dengan memberikan maklumat mengenai aktiviti warga asing mencurigakan supaya tindakan lanjut dapat diambil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angkak-bawah-pentas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|