CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5009|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lelaki pakai 80 susuk

[Copy link]
Post time 23-9-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Bukan hanya masyarakat Melayu serta peribumi Sabah dan Sarawak, malah Cina dan India selain rakyat asing turut terpengaruh dengan amalan pemakaian susuk sekali gus menjadi cabaran kepada pakar perubatan mencari penyelesaian terbaik dalam mengendalikan pesakit terbabit.

Ia memerlukan kesedaran dan pengetahuan mantap mengenai susuk bagi mengelak kesilapan semasa diagnosis dan mengurus pesakit itu, namun selalunya pengamal perubatan tidak campur urusan pesakit melainkan jika mengalami jangkitan atau kecederaan pada otot.

Berdasarkan kajian kes susuk yang diterbitkan dalam Jurnal Pembedahan Mulut dan Maksilofasial Malaysia mendedahkan, pesakit dirujuk ke hospital terdiri daripada pelbagai bangsa, malah tidak terkecuali rakyat asing seperti Indonesia, Euroasia dan Korea.

Daripada 64 kes direkodkan dalam kajian itu, seorang pesakit lelaki yang tidak diperincikan maklumatnya dikesan memakai 80 susuk pada badannya selain 50 susuk ditemui pada seorang wanita Korea berusia 90 tahun serta lima pesakit masing-masing dengan lebih 20 susuk selain pesakit termuda ditemui berusia 15 tahun.

Mengakui perkara itu, pegawai perubatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kota Tinggi, Johor, Dr Shazwanie Azeera Soberi berkata, dia pernah mengendalikan kes susuk di jabatan kecemasan pada 2020 dan 2022 membabitkan pesakit Melayu serta kaum lain.

Katanya, lazimnya pesakit berbangsa lain lebih terbuka bercerita mengenai rahsia mereka memakai susuk berbanding masyarakat Melayu.

"Saya pernah merawat seorang pesakit Cina lelaki ini berusia 77 tahun yang mengadu sakit tangan kanan selepas terjatuh.

"Selepas buat X-ray, saya tanya dia ada pasang apa-apa ke dia tergelak dan mengaku memakai emas (susuk) pada kedua-dua lengannya.

"Dedahnya, dia pakai susuk itu zaman muda ikut kawan kerana atas tujuan hendak kuat," katanya.

Selalunya, katanya, susuk itu tidak akan dikeluarkan terutama yang tidak mendatangkan simptom atau masalah kepada pesakit kecuali dengan permintaan pesakit.

Sementara itu, Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Cyberjaya, Dr Mohd Khairul Anwar Mohd Tahir berkata, kebanyakan kes pesakit memakai susuk ditemuinya bukan hanya dalam kalangan masyarakat Melayu, ia juga menjadi kepercayaan Cina, India serta peribumi Sabah dan Sarawak.

"Daripada perbualan bersama pesakit, biasanya orang Melayu mengamalkan susuk bagi tujuan mengikat, tarikan kecantikan dan dikasihi manakala India dan Cina lebih kepada melindungi diri daripada bala mahupun kejadian tidak diingini serta meningkatkan keyakinan diri.

"Kebanyakan pesakit saya jumpa di Sabah dan Sarawak dalam kalangan individu berusia dan di Lembah Klang saya ada jumpa pesakit muda dalam lingkungan 20-an," katanya.

Katanya, selalunya pesakit dicadangkan membuang susuk itu menerusi pembedahan kecil dengan bius setempat mahupun pembedahan yang memerlukan pesakit ditidurkan menggunakan bius umum jika kedudukan susuk itu menjejaskan struktur otot yang lebih dalam.

"Selalunya kita akan cadangkan pesakit buang susuk terutama apabila selalunya kita nampak susuk itu pada bahagian tubuh badan yang cedera akibat kemalangan.

"Biasanya bagi pesakit berusia akan menuruti saja cadangan doktor, tetapi orang muda selalunya enggan kerana pelbagai faktor termasuk pantang larang.

"Apabila dia enggan kita tidak akan memaksa malah tetap profesional jalankan tugas sambil menerangkan risiko apabila tidak mengeluarkan susuk itu selebihnya terpulang kepada pesakit itu sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... laki-pakai-80-susuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.056521 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list