|
Datuk Sazali Mohamad (tengah) menunjukkan antara barang rampasan selepas sidang media di Menara Kastam Larkin, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Johor Bahru: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 2.91 juta batang rokok kretek dan rokok putih dalam dua serbuan berasingan bulan ini membabitkan nilai termasuk duti dan cukai berjumlah RM3.9 juta.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, serbuan pertama dibuat pada 6 September lalu selepas pihaknya menahan sebuah lori perdagangan di cawangan eksport, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.
Katanya hasil pemeriksaan dijalankan terhadap lori, menemukan sejumlah rokok pelbagai jenama dipercayai belum lulus kastam.
"Rokok ini dibawa bersama dagangan yang akan dieksport ke negara jiran. Modus operandi kes ini dengan tidak mengikrar rokok dengan niat menyeludup rokok tidak bercukai melalui lori dagangan ke negara jiran, Singapura.
"Dalam serbuan ini 830,000 batang rokok putih dirampas dan disita membabitkan anggaran nilai RM166,000. Pemandu lori lelaki tempatan berusia 39 tahun dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa lalu," katanya pada sidang media di Menara Kastam Johor di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam serbuan kes berasingan, Sazali memaklumkan Bahagian Penguatkuasaan Kastam Muar merampas 2,089,200 batang rokok kretek dan rokok putih dengan nilai RM625,000.
Katanya hasil risikan selama dua minggu, tiga premis diserbu di tiga lokasi berbeza sekitar Jerantut, Pahang dan Marang, Terengganu.
"Hasil pemeriksaan rapi terhadap premis menemukan sejumlah rokok pelbagai jenama dipercayai belum lulus kastam yang disembunyikan di dalam premis tersebut.
"Modus operandi kes ini menjadikan premis di kawasan kediaman sebagai tempat penyimpanan rokok yang belum lulus kastam yang dipercayai diimport dari luar negara.
"Rokok tersebut dipercayai diimport dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. Usaha mengesan pemilik premis masih giat dilakukan," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rm39-juta-di-johor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|