CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2959|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Perintah haramkan buku ' Gay is Ok' kekal

[Copy link]
Post time 25-9-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan untuk mengembalikan semula perintah mengharamkan buku "Gay is Okay! A Christian Perspective".

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk M.Gunalan dan Datuk Wong Kian Kheong, dalam keputusan majoriti, membenarkan rayuan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah turut memerintahkan penerbit Chong Ton Sin dan penulis Ngeo Boon Lin membayar kos RM15,000 kepada Menteri Dalam Negeri dan kerajaan untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pada 22 Februari tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh kedua-dua mereka bagi membatalkan perintah yang dikeluarkan Menteri Dalam Negeri untuk mengharamkan buku berkenaan.

Hakim Azizah dan Wong dalam keputusan majoriti memihak kepada Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia manakala hakim Gunalan sebaliknya.

Dalam keputusan majoriti, Wong berkata beliau dan Azizah telah meneliti kandungan buku serta tajuknya dan berdasarkan penilaian objektif, mereka berpuas hati bahawa keseluruhan kandungan buku itu dan tajuknya memberi mesej umum bahawa gaya hidup homoseksual adalah tidak dilarang oleh agama Kristian.

Beliau berkata hakim yang memutuskan keputusan majoriti berpuas hati bahawa menteri yang munasabah akan mencapai keputusan kemungkinan buku itu menjejaskan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam.

Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh lebih tujuh tahun dari September 2013, tarikh penerbitan buku itu, sehingga warta larangan itu, ini tidak menafikan wujudnya kemungkinan menjejaskan ketenteraman awam, moral dan kepentingan awam, katanya.

Hakim itu berkata di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, adalah tidak perlu memberi penerbit dan pengarang buku hak untuk didengari. Beliau juga berkata Seksyen 7 Akta itu juga tidak memerlukan Menteri Dalam Negeri memberi alasan larangan itu, sambil menambah bahawa dalam apa jua keadaan, Menteri Dalam Negeri telah memberikan alasan dalam warta untuk mengharamkan buku itu.

Dalam keputusannya yang bertentangan, Gunalan berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak tersilap apabila membenarkan semakan kehakiman responden.

Beliau berkata hakim sudah memberikan pertimbangan yang secukupnya kepada fakta dan keadaan secara keseluruhan serta telah menggunakan prinsip undang-undang dengan betul sebelum membuat keputusan untuk membenarkan semakan kehakiman.

Pada 18 Disember 2020, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mewartakan satu perintah larangan terhadap buku itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa pada 27 Nov tahun sama.

Pada 17 Februari 2021, Chong dan Ngeo memfailkan semakan kehakiman yang mendakwa perintah pengharaman itu adalah tidak rasional serta tidak seimbang kerana tidak berlaku insiden tidak diingini yang dicetuskan oleh buku berkenaan sejak ia diterbitkan lebih tujuh tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri dan kerajaan memfailkan rayuan memohon untuk mengembalikan larangan itu yang telah ditarik balik oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Februari 2022.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-buku-gay-ok-kekal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.041762 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list