CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2728|Reply: 0

[Melaka] Mayat di Pantai Puteri: Tiada unsur jenayah

[Copy link]
Post time 25-9-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode

Melaka: Laporan bedah siasat ke atas mayat wanita yang ditemui di Pantai Puteri, Tanjung Kling, dekat sini, semalam mengesahkan mangsa meninggal dunia disebabkan pendarahan bawah selaput otak dan tiada sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, proses bedah siasat dilakukan Pakar Forensik Hospital Melaka, Dr Muhammad Nabil Mohd Johari bermula 3.15 petang hingga 8.15 malam semalam.

Katanya, mangsa meninggal dunia akibat 'subdural haemorrhage' (pendarahan bawah selaput otak).

"Pihak forensik juga mengambil cap jari untuk disemak dengan pihak Jabatan Pendaftaran negara bagi mengesan identiti sebenar selain DNA mangsa juga dihantar ke makmal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau turut mengesahkan setakat ini belum ada waris tampil membuat pengecaman atau menuntut mayat berkenaan selain tiada mana-mana pihak membuat laporan kehilangan di balai polis.

Sementara itu, Ketua Balai Nelayan Pengkalan Perigi, Abdul Zamzuri Abdullah, 53, berkata, seorang lelaki yang datang berkelah di pantai itu memaklumkan penemuan mayat itu kepadanya sebelum dia menghubungi talian kecemasan.

"Saya baru naik ke darat untuk berehat di pengkalan selepas memasang jaring sebelum muncul seorang lelaki berbadan besar dalam keadaan cemas beritahu dia terjumpa satu mayat di pantai.

"Sebaik pergi melihat ke tempat kejadian saya dapati satu mayat lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap dengan separuh badan tertimbus dengan pasir di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini," katanya ketika dihubungi di sini.

"Pada mula saya tidak tahu mayat itu lelaki atau perempuan kerana keadaannya yang tertiarap dan baju di bahagian perut terselak sedikit," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tiada-unsur-jenayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 1.681163 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list