CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 0

[Johor] Dugaan besar suri rumah jaga 8 anak sendirian

[Copy link]
Post time 26-9-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode

SITI MARYAM bersama empat daripada lapan orang anaknya di Lorong Bugis, Kampung Parit Sulaiman, Telok Kerang, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Seorang wanita berdepan dugaan besar selepas terpaksa menjaga lapan anak seorang diri di Jalan Parit Bugis, Kampung Parit Sulaiman, Telok Kerang di sini.

Siti Maryam Maulad Ariffin, 31, yang tidak bekerja sebelum ini tinggal di Johor Bahru dan baru berpindah ke kampung tersebut baru-baru ini.

Katanya, disebabkan itu, dia tidak sempat untuk menguruskan pertukaran sekolah anak-anaknya di tempat baharu.

Katanya, anak sulungnya, kini belajar di sebuah tahfiz di Senai, manakala empat lagi anaknya sebelum ini bersekolah menengah dan rendah di Johor Bahru dan dua lagi berusia empat serta setahun enam bulan.

“Memandangkan saya kini menjadi ibu dan bapa kepada mereka, saya belum sempat mengambil surat pertukaran sekolah di Johor Bahru,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Siti Maryam, setelah mendapatkan dokumen pertukaran sekolah nanti, anak sulungnya akan didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Kerang.

“Manakala empat lagi anak-anak yang lain akan dimasukkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sulaiman bagi memboleh mereka meneruskan pelajaran selepas berhenti pada Ogos lalu,” ujarnya.

Katanya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru seba­nyak RM1,000 sebulan dan Baitumal sebanyak RM500.

Jelasnya, dengan bantuan itu, ia akan digunakan bagi menampung perbelanjaan, selain membayar sewa rumah seba­nyak RM200 sebulan dan bayaran bekalan air dan elektrik.

“Memandangkan saya tidak bekerja, wang diterima digunakan sebaik mungkin,” ujarnya.

Katanya, apa yang merisaukan adalah bagaimana anak-ana­knya dapat pergi ke sekolah baharu nanti kerana dia tidak mempu­nyai sebarang kenderaan.

“Jarak sekolah de­ngan rumah agak jauh. Saya minta ada pihak yang boleh membantu dalam hal ini,” kata­nya.

Mereka yang bersimpati dan ingin membantu Siti Mar­yam boleh menghubungi talian 011-4078 9242 atau menyalurkan bantuan menerusi akaun 0100141100008927 (Bank Simpanan Nasional ).
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... a-8-anak-sendirian/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.046669 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list