CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2419|Reply: 0

[Selangor] Mahkamah Majistret tolak permohonan lelaki dituduh bunuh kekasih dirujuk psikiatri

[Copy link]
Post time 26-9-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Sungai Besar: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang dituduh membunuh seorang wanita hamil di Jalan Sungai Limau dekat sini, supaya dirujuk ke hospital psikiatri.

Majistret Siti Hajar Ali menolak permohonan itu atas alasan perkara itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

"Mahkamah berpendapat, secara asasnya permohonan begini hendaklah diputuskan oleh hakim yang menjalankan kes ini iaitu Hakim Mahkamah Tinggi dan mahkamah ini sedar keperluan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah perlu dipatuhi.

"Mahkamah juga berpendapat, penolakan permohonan pada peringkat ini tidak akan memprejudiskan hak tertuduh. Peguam pada bila-bila masa boleh membuat permohonan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang akan menjalankan perbicaraan kes ini nanti," katanya.

Permohonan itu dibuat peguam, Muhammad Nor Tamrin, yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, pada 3 Ogos lalu.

Pada prosiding lalu, Muhammad Nor memohon mahkamah supaya anak guamnya dirujuk ke hospital psikiatri berikutan hasil temu bual pihaknya bersama tertuduh mendapati, keadaan mental anak guamnya dilihat tidak stabil.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 November ini bagi sebutan semula kes.

Pada 1 Jun lalu, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau di sini, antara jam 8.30 malam 22 Mei dan jam 8 pagi, 23 Mei lalu.

Bekas penuntut kolej itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nuh-kekasih-dirujuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.033330 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list