CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2416|Reply: 0

[Melaka] Ibu dituduh simbah air panas

[Copy link]
Post time 26-9-2023 03:49 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini. - Foto BH/NURALIAWATI SABRI

MELAKA: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini, atas pertuduhan menyimbah air panas ke atas anaknya dalam kejadian tahun lalu.

Tertuduh, berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 2.56 pagi di sebuah rumah di Sungai Udang, pada 27Jun 2022.



Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang memperuntuk hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Terdahulu, prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim memohon agar jaminan tidak diberikan dengan mengambil kira faktor tertuduh tinggal bersama mangsa, selain dia tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila tertuduh berang dengan mangsa yang juga anak keduanya kerana menghabiskan data internet telefon bimbitnya.
https://www.bharian.com.my/berit ... uh-simbah-air-panas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.838868 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list