View: 2655|Reply: 0
|
[Selangor]
445 CCTV pantau kawasan berisiko banjir - MBSA
[Copy link]
|
|
MBSA menyediakan 445 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan dikenal pasti berisiko banjir sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan 445 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan dikenal pasti berisiko banjir sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Cheremi Tarman, berkata CCTV itu juga digunakan untuk memantau peningkatan paras air sungai di kawasan kerap berlaku banjir bagi membolehkan usaha menyelamat dilakukan secara efektif.
"Sejumlah 445 CCTV statik dan mudah alih itu kelolaan MBSA dan terdapat juga 50 CCTV di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"CCTV terbabit kita pasang di beberapa lokasi seperti Taman Sri Muda, Seksyen 25; Seksyen 13, TTDI Jaya, Seksyen U2 dan Setia Alam," katanya selepas Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam kali ke-27 di MBSA Convention Centre hari ini.
Beliau berkata, MBSA juga memohon kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyegerakan pembinaan ban di sepanjang Sungai Damansara dan Sungai Klang bagi mengurangkan risiko limpahan air sungai.
"Saya juga mengingatkan sebelum ini supaya pihak JPS untuk melihat semula fungsi dua kolam takungan banjir yang siap dibina pada 2006 di taman perumahan TTDI Jaya serta Ara Damansara.
"Bila hujan lebat di kawasan atas (Kuala Lumpur) ia akan bertakung di kolam takungan itu dan mengurangkan risiko banjir terutama di kawasan stadium (Seksyen 13 dan Taman Sri Muda," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... erisiko-banjir-mbsa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|