CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4173|Reply: 0

[Johor] Polis Johor serbu 56 premis judi dalam talian

[Copy link]
Post time 26-9-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Polis Johor telah menyerbu 56 premis yang dijadikan pusat operasi judi dalam talian sejak Jumaat lalu.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menahan seramai 12 warga tempatan dan juga asing menerusi tujuh serbuan berasingan yang dijalankan menerusi Op Dadu Khas seluruh negeri ini, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, individu yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki tempatan serta dua lelaki dan tiga wanita warganegara asing berusia antara 20 hingga 60 tahun.

Menurut beliau, operasi tersebut menyasarkan kegiatan judi secara dalam talian dan loteri tanpa lesen.

“Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas 13 unit telefon bimbit pelbagai jenama; dua pencetak bergerak dan wang tunai berjumlah RM994,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambahnya Kamarul Zaman, Op Dadu dijalankan pihaknya sejak Jumaat lalu dengan keseluruhan 56 premis berkaitan diperiksa sepanjang tempoh berkenaan.

“Dalam tempoh itu, seramai 66 individu ditahan terdiri daripada 55 lelaki dan 11 wanita dengan 58 daripadanya mereka merupakan warganegara tempatan manakala lapan lagi warganegara asing.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 19 sehingga 66 tahun. Turut dirampas dalam tempoh tersebut adalah 67 unit telefon bimbit pelbagai jenama; 23 mesin pencetak dan wang tunai berjumlah RM9,641.

“Sementara itu, semua premis yang diserbu sedang dalam proses pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik. Kita hanya menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” ujarnya.

Kamarul Zaman turut memberitahu, kesemua tangkapan dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(A)(a) dan 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Operasi ini bertujuan membanteras kegiatan judi haram selain meningkatkan keyakinan kepada masyarakat dengan usaha-usaha dilaksanakan polis.

“Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan tersebut boleh menghubungi bilik gerakan polis Johor menerusi talian 07-2212999 atau 07-225 4677,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -judi-dalam-talian/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.300750 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list