CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2733|Reply: 0

[Selangor] 'Anggota operasi dilastik dengan guli di Sungai Golok'

[Copy link]
Post time 26-9-2023 05:57 PM | Show all posts |Read mode

Noorrul Azril berucap pada Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 hari ini. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

CYBERJAYA: Dilastik dengan guli antara cabaran dihadapi pihak keselamatan yang bertugas di sempadan Sungai Golok, Kelantan, dalam menghadapi jenayah rentas sempadan di negara ini.

Perkara itu didedahkan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Noorrul Azril Ariffin yang pernah bertugas di Golok.

Beliau berkata, penduduk juga sering memberi alasan mahu ke negara seberang bagi menziarahi anak atau menghantar anak ke kelas agama bagi melindungi kegiatan jenayah dilakukan mereka terbabit.

Katanya, secara tradisinya ramai penduduk di Kelantan dan di sempadan Thailand bersaudara yang menyebabkan mereka sering membawa barang keperluan termasuk makanan merentasi negara terbabit.



"Ada wanita warga tua yang membawa kuih dan beras kampit, tetapi apabila ditahan mereka memaklumkan mahu menghantar barangan itu ke rumah anak di seberang (Thailand).

"Selain itu, alasan kerap digunakan ialah menghantar anak pergi mengaji al-Quran atau ke rumah isteri ketika mahu merentas sempadan negara dan ini menjadi cabaran kepada ATM ketika melaksanakan operasi," katanya berucap pada Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan pada seminar itu adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hamzah Ishak.

Noorrul Azli berkata, cabaran ini sukar bagi anggota yang bertugas di kawasan itu dan jika membenarkan penduduk menyeberang tanpa dokumen sah atau membawa barang subsidi atau kawalan keluar, bermakna penguat kuasa berkompromi dengan undang-undang.

Beliau berkata, aktiviti ulang alik yang dilakukan penduduk terbabit sudah menjadi rutin harian mereka, malah Sungai Golok boleh direntas hanya dengan berjalan kaki saja terutama di kawasan air surut.

"Ada waktu tertentu, keadaan menjadi agresif ketika pelaksanaan operasi di sekitar Sungai Golok terutama pada musim perayaan.

"Sebab itu, ketika mereka terdesak dengan melastik anggota keselamatan dengan guli, kita perlu bersiap sedia dengan memakai jaket keselamatan dan topi keledar bagi mengelak kecederaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... uli-di-sungai-golok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.314450 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list