CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1150|Reply: 0

[Selangor] Tunai umrah di Mekah hanya ‘trend’, masjid di kampung sunyi

[Copy link]
Post time 27-9-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Ustaz Mokhtar

PETALING JAYA –  Seolah-olah menjadi trend bagi segelintir individu apabila hanya rajin menunaikan ibadah umrah di Mekah, tetapi sukar menjejakkan kaki ke masjid apabila pulang ke kampung halaman.

Menerusi sebuah video di laman TikTok, Ustaz Mokhtar Yaakob meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir individu yang hanya beribadah ketika melakukan haji atau umrah, namun enggan melakukan hal sama di rumah.

“Sekarang ini, jadi satu trend semua orang pergi umrah. Kalau boleh, satu keluarga, satu kampung pergi umrah. Tetapi, lepas balik umrah, tidak datang ke masjid.

“Balik dari umrah, sibuk cerita seronoknya sembahyang berjemaah. Tetapi, 12 hari di Mekah itu sahaja ke berjemaah?,” katanya dalam video sama.

Tambah ustaz tersebut, ada sesetengah orang yang sanggup panggil mutawwif seawal pukul tiga pagi di Mekah semata-mata untuk menunaikan solat jemaah.

“Tetapi, bila dah naik kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak, ada antara kita yang lebih sanggup qada solat.

“Belum turun kapal terbang lagi sudah minta qada sembahyang. Jadi, tidak pelik sekiranya ada yang sudah menunaikan umrah tetapi Allah masih tidak beri hidayah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai mengakui masih ada yang tidak berubah walaupun selepas menunaikan haji atau umrah.

“Benarlah hidayah itu milik Allah,” kata seorang pengguna.

“Ada yang pergi Mekah hanya untuk berjalan-jalan sambil beribadah. Balik ada macam-macam tanggungjawab lain,” kata seorang lagi pengguna.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,571 tanda suka dan 119 komen. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... d-di-kampung-sunyi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.166975 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list