CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3883|Reply: 22

Kelahiran bayi melebihi penduduk Singapura

[Copy link]
Post time 12-1-2011 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]



JAKARTA 11 Jan. - Indonesia mencatat daftar kelahiran bayi sebanyak 4.5 juta orang setiap tahun sejak 10 tahun lalu dan keadaan ini seharusnya mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan negara itu.
Pertambahan kadar kelahiran setiap tahun itu dikatakan menyamai jumlah penduduk Singapura atau empat kali ganda jumlah penduduk Timor Leste.
Berdasarkan bancian pada 2010, penduduk republik ini berjumlah 237.6 juta orang, meningkat sebanyak 3.5 juta orang berbanding jangkaan sebelum ini.
Pertambahan penduduk itu akan meningkatkan beban kerajaan kerana terpaksa menyediakan prasarana yang sempurna kepada rakyat.
Akhbar Kompas melaporkan, apa yang membimbangkan ialah ketika kerajaan sedang mengenal pasti kesan peningkatan jumlah penduduk, rakyat negara ini telah mengalami kesulitannya.
Kesan yang sedang dihadapi rakyat negara ini ialah kesukaran mendapatkan kerja, kawasan penempatan penduduk yang kotor dan jalan raya yang sesak.
"Jumlah penduduk yang besar boleh menjadi penggerak ekonomi yang kukuh jika rakyatnya berkualiti," kata penganalisis kanan Pusat Pengajian Kependudukan dan Dasar Universiti Gadjah Mada, Sukamdi.
Bagaimanapun, kesan peningkatan jumlah penduduk itu menjadi beban pembangunan kepada Indonesia kerana daya saing penduduk di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain termasuk di Afrika.
Berdasarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), indeks pembangunan manusia di republik ini pada 2010 berada pada kedudukan 108 daripada 169 negara.
Jumlah penduduk Indonesia meningkat hampir dua kali ganda setiap 40 hingga 50 tahun sekali.
Pada 1930, jumlah penduduk negara ini ialah seramai 60.7 juta orang dan 1971 (119.2 juta) sementara pada tahun lalu jumlah itu meningkat kepada 237.6 juta orang.
Sekiranya, pertumbuhan penduduk tidak dikawal dengan baik, negara ini akan didiami oleh 475 juta orang penduduk pada 2057. - Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2011 09:38 AM | Show all posts
setahun 4.5juta org......... negara dah kecik, org makin padat, makin ramai la berhijrah ke malaysia............
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 09:42 AM | Show all posts
silap2 yg jaga pintu sempadan buat2 tak nampak je bila bot nak menyeberang..
hmm..beratus ribu nyawa yg hilang akibat bencana alam pun tak mampu nak cover lagi kadar kelahiran... sadis..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply 2# jofizo


    tu la bakal2 waris yg akan berhijrah ke malaysia sama ada secara haram atau dengan passport
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 10:23 AM | Show all posts
setahun 4.5juta org......... negara dah kecik, org makin padat, makin ramai la berhijrah ke malaysia ...
jofizo Post at 12-1-2011 09:38


Diorang tak nampak negara diorang dah padat...nampak Malaysia byk peluang nak hidup senang..tak perlu nak risau apa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 02:10 PM | Show all posts
Memang le byk kelahiran. Mana ada kawalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2011 02:14 PM | Show all posts
tuh blm masuk anak indon mangs rogol kt m'sia lagi.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 02:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_eddie_worlds at 12-1-2011 14:22
setahun 4.5juta org......... negara dah kecik, org makin padat, makin ramai la berhijrah ke malaysia ...
jofizo Post at 12-1-2011 09:38


Ape maksud negara kecik...? Berita ini menceritakan di Indonesia melahirkan bayi 4.5juta setahun menyamai penduduk Singapura...

Bukan singapore yang melahirkan bayi melebihi penduduknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2011 03:36 PM | Show all posts
Ape maksud negara kecik...? Berita ini menceritakan di Indonesia melahirkan bayi 4.5juta setahun ...
cmf_eddie_world Post at 12-1-2011 14:19



kecik la tanah indon yg berpenduduk 230j tuh berbanding tanah kat amerika yg berpenduduk 180j
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 12:25 AM | Show all posts
ayuh pak. kita tukarin. org sini main bola di sana, org indon main bola di sini. kita serumpun pak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 09:41 AM | Show all posts
mcm x blajar geografi je
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 09:44 AM | Show all posts
Mari kita ucapkan selamat datang kpd generasi baru indon2... malaysia tanah tumpah darahku...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:02 AM | Show all posts
Alhamdulillah rsenye yang dilahirkan di indonesia majoritinye muslim..makin bertambah umat Muhammad s.a.w...ingatlah tanah tumpah darah kita ni bukan hak kita..milik Allah semuanya...xde istilah geran tanah..nabi bersabda sesiapa yang mengusahakan tanah dia yang berhak ke atas nya...hak mutlak Allah..sungguhpun org indon hidup susah tetapi mereka punya tali persaudaraan yang kuat...rakyatnye ramai yang tidak berpelajaran tetapi rajin..sekerang mereka mencari ilmu dinegara kita dan tak mustahil mereka boleh buat pembangunan yang serupa..rakyat yang ramai dan rajin menjana ekonomi lebih pantas membangun..jangan terkejut satu hari nanti mereka pula jadi tokeh..kat malaysia ni pun orang melayu bukannye tokeh..action je lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 12:43 PM | Show all posts
ayuh pak. kita tukarin. org sini main bola di sana, org indon main bola di sini. kita serumpun pak
2tigapuluh2 Post at 13-1-2011 00:25



    Chanteek!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 01:17 PM | Show all posts
ooh takde pil/injection perancang keluargakah, tak belajar cara2 elak beranak
gelekan dangdut sana sini menyebabkan depa main sana sini
lu bang sepatutnya dijahit, ba tang sepatutnya dikerat
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 06:21 PM | Show all posts
pastu asik2 goda jantan2 kt mesia nie ajak kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 11:44 PM | Show all posts
kecik la tanah indon yg berpenduduk 230j tuh berbanding tanah kat amerika yg berpenduduk 180j
jofizo Post at 12-1-2011 15:36


penduduk amerika 180j ? mcm salah ja nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 11:46 AM | Show all posts
agaknye xde pe nk buat main je la kejenye. lagipun kerajaan indonesia  kurang berpikir bab pembangunan. bg diorg yg penting ---------> poket sendiri harus penuh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 12:54 PM | Show all posts
bukan, rajin makan jamu tenaga batin, tu yang gigih dan berusaha tangga kejayaan proses buat anak
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 03:18 PM | Show all posts
4.5 Jota setahun...

orang Indong ni tak diajar family planning ker...?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.126757 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list