CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3720|Reply: 0

[Selangor] 'Sampai bila kena tunggu, kami tidak boleh berdiam diri'

[Copy link]
Post time 30-9-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode

PIKET secara aman tuntutan Geran Strata kepada pemaju. FOTO Amirudin Sahib

Rawang: Penantian lebih 20 tahun pemilik rumah dan kedai Shop Apartment Antilia, Bandar Tasik Puteri, di sini untuk memiliki geran strata premis masing-masing masih samar apabila pihak pemaju didakwa gagal menyelesaikan isu itu.

Pengerusi Badan Bertindak Permohonan Strata Shop Apartment Antilia (BPSA) Abd Mokhti Salleh berkata, sebanyak 560 unit premis berkenaan masih tiada geran strata yang diserahkan kepada pemiliknya sejak awal 2002.

Menurutnya, sebagai pemilik, tanpa dokumen berkenaan ia menyukarkan sebarang urusan berkaitan termasuk penilaian aset semasa dilakukan sekali gus mendatangkan kerugian kepada mereka kerana turut menyukarkan proses jual beli.

"Sepatutnya proses geran strata sudah bermula apabila pembeli menandatangani dokumen perjanjian jual beli dan paling lewat pun mungkin mengambil masa lima tahun tetapi sekarang sudah lebih 20 tahun.

"Kami bukan mahu meminta hak orang sebaliknya menuntut hak kami saja dan sampai bila harus menunggu. Kami tidak boleh berdiam diri kerana sudah lebih 20 tahun dan ia bukan masa yang singkat," katanya ketika ditemui pada piket secara aman bagi menuntut geran berkenaan di sini, hari ini.

Badan bertindak berkenaan kemudiannya turut menyerahkan memorandum kepada wakil pihak pemaju di perkarangan pejabat pihak terbabit bersama beberapa wakil pemilik aset.

Katanya, mereka sudah berusaha dengan menghantar surat dan berjumpa pihak pemaju serta pihak berkaitan namun mendakwa tiada sebarang penyelesaian terbaik dan perkembangan positif mengenai isu berkenaan.

"Kami ada berjumpa pihak pemaju tetapi gagal berjumpa pengurusan tertinggi mereka, malah sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tetapi tiada perkembangan lanjut," katanya.

Abd Mokhti berkata, mereka menghantar memorandum kepada pihak pemaju untuk menuntut menyegerakan permohonan dan menyiapkan geran strata selain pampasan kerana pemilik didakwa mengalami kerugian dalam penentuan penilaian harga aset semasa kerana tiada geran berkenaan.

"Selain itu, pemilik unit mengalami kerugian kerana sukar menjual aset berkenaan disebabkan pihak bank juga sukar meluluskan pinjaman kerana tiada pengesahan rasmi untuk penilaian harga aset semasa kerana tiada geran strata.

"Justeru kami memohon tindakan lanjut pihak pemaju, wakil rakyat dan pihak berkaitan membantu kami menyelesaikan masalah ini. Kami berharap geran itu diserahkan dalam masa terdekat dan jangan tangguhkan lagi perkara ini selain mahu tahu apa punca sebenar masalah ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Pembangunan Bandar Lestari dan Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu & Warisan Selangor, Borhan Aman Shah ketika dihubungi berkata, beliau mengambil maklum perkara itu dan akan memberikan kenyataan lanjut mengenainya.

Usaha Harian Metro mendapatkan maklum balas daripada pihak pemaju juga setakat ini belum berhasil.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -boleh-berdiam-diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.179149 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list