CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3729|Reply: 0

[Melaka] 'Mini Dhaka' kena serbu

[Copy link]
Post time 2-10-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN warga asing yang diperiksa dan ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Terminal Bas Melaka Central. FOTO ihsan Jabatan Imigresen

Melaka: Seramai 23 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Terminal Bas Melaka Sentral, di sini, termasuk lot-lot kedai digelar 'Mini Dhaka', semalam.

Dalam operasi bermula 2.20 petang hingga 5 petang itu, sebahagian warga asing terbabit bekerja di premis kedai selain ada yang leka membeli-belah dan bersiar-siar untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, dalam operasi itu, terdapat warga asing cuba melepaskan diri, namun berjaya ditahan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, pihaknya memeriksa seramai 199 warga asing terdiri daripada 102 orang warga Myanmar, Bangladesh (68), Nepal (17), Indonesia (sembilan) dan Pakistan (tiga).

"Daripada jumlah itu, seramai 23 warga asing ditahan membabitkan 16 warga Myanmar dan bakinya tujuh warga Bangladesh berusia 20 hingga 40 tahun.

"Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) (c ) dan Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi dijalankan bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan pemeriksaan menyeluruh dibuat di lot-lot kedai di sekitar terminal terbabit.

Media sebelum ini mendedahkan 'kebanjiran' warga asing terutama Bangladesh di kawasan pintu masuk ke negeri ini sejak beberapa tahun lalu bukan saja mencacatkan pemandangan Melaka, malah menggusarkan warga tempatan.

Sebahagian warga asing terbabit dilihat membuka kedai runcit termasuk turut berniaga barangan basah seperti ikan di kaki lima kedai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ni-dhaka-kena-serbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.049519 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list