View: 572|Reply: 0
|
[Selangor]
ROS batal 1,400 persatuan penduduk di Selangor
[Copy link]
|
|
NURUL Azhar pada Program Memperkasa Tadbir Urus Keselamatan Komuniti Negeri Selangor 2023 di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar
Shah Alam: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selangor membatalkan kira-kira 1,400 persatuan penduduk setakat hari ini.
Pengarahnya, Nurul Azhar Husin berkata, pembatalan berkenaan berikutan majoriti pihak berkenaan gagal mengemukakan penyata tahunan persatuan mereka kepada ROS.
"Selain kegagalan menghantar penyata tahunan berkenaan, (pembatalan) atas tindakan siasatan oleh pihak ROS.
"Kita ambil tindakan siasatan, memang ada perlanggaran dan kita tidak berpuas hati dengan respons dan maklumat yang diberikan.., jadi kita ambil tindakan pembatalan.
"Sesetengahnya ada buat rayuan, selain membuat rayuan, ada juga persatuan penduduk berkenaan menubuhkan persatuan yang baharu sebab mereka memerlukan persatuan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media dalam Program Memperkasa Tadbir Urus Keselamatan Komuniti Negeri Selangor di Hotel Mardiyyah di sini, semalam.
Nurul Azhar berkata, sehingga September persatuan penduduk di Selangor yang aktif berjumlah kira-kira 2,700.
"Tiada jumlah tepat (persatuan penduduk berdaftar), sebab angka berubah setiap hari.. setiap hari ROS Selangor ada permohonan pendaftaran baharu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enduduk-di-selangor |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|