View: 621|Reply: 0
|
[Selangor]
Sumbat gelung besi 17 tan kerana risau majikan marah
[Copy link]
|
|
ANGGOTA JPJ memeriksa kenderaan perdagangan dalam Op Patuh Khas Fasa Kedua di Plaza Tol Kota Kemuning.
Shah Alam: Risau dimarahi majikan, pemandu treler mengambil tindakan untuk memuatkan gegelung besi dalam treler hingga melebihi had muatan sebanyak 17 tan.
Tindakan yang membahayakan pengguna jalan raya lain itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Patuh Khas Fasa 2 di Plaza Tol Kota Kemuning Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), hari ini.
Pemandu lori treler berusia 46 tahun itu turut memberi alasan tiada lori lain, kerana kebanyakan lori rosak dan terpaksa melakukannya selepas disuruh oleh majikannya.
"Kalau tidak bawa nanti majikan marah dan gelung besi itu akan 'tersadai' di pelabuhan berkenaan.
"Jadi, saya terpaksa bawa dan kompaun akan dibayar oleh majikan nanti," katanya.
Sepanjang operasi itu, didapati beberapa kenderaan perdagangan sanggup menggunakan tayar yang pecah sehingga boleh membahayakan pengguna lain.
Selain itu, dua lori turut disita termasuk salah sebuah daripadanya dibawa oleh pemandu etnik Rohingya dengan muatan barangan elektronik.
Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa Kanan JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, operasi dijalankan bagi memastikan pematuhan undang-undang dalam kalangan pemilik dan pemandu kenderaan perdagangan.
"Bayangkan sekiranya berlaku kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan ini, antaranya brek gagal berfungsi, pemandu (treler atau lori) tidak akan parah sebaliknya yang akan parah dan menjadi mangsa nahas adalah pemandu kenderaan ringan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... risau-majikan-marah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|