View: 619|Reply: 0
|
[Selangor]
RM52 juta saman kenderaan perdagangan tertunggak - JPJ
[Copy link]
|
|
Shah Alam: Sebanyak RM52.772 juta saman aktif tertunggak kenderaan perdagangan membabitkan pelbagai kesalahan dikesan masih belum dilunaskan pesalah dan syarikat kenderaan perdagangan sejak 2018.
Pengarah Penguatkuasa Kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Datuk Lokman Jamaan berkata, sebanyak 175, 909 saman masih aktif dan tertunggak membabitkan pemilik syarikat kenderaan perdagangan di seluruh negara.
Menurutnya, berdasarkan pecahan pungutan jumlah saman tertunggak itu, Selangor menjadi negeri yang tertinggi merekodkan jumlah saman iaitu 61, 940.
"Negeri lain yang mencatatkan saman tertunggak kenderaan perdagangan ialah Pahang (16,372); Perak (13,790); Kedah (13,743); Pulau Pinang (7,828); Kuala Lumpur (9,825) dan Negeri Sembilan (10, 270).
"Semua syarikat perdagangan dan pemandu yang memiliki saman aktif masih tertunggak itu diberikan tempoh membayar saman tetapi masih tidak mengambil serius dan gagal melaksanakan tanggungjawab itu.
"JPJ akan mengambil tindakan lebih tegas tanpa kompromi bagi mengingatkan mereka supaya tampil menguruskan tunggakan kepada JPJ dan mematuhi peraturan," katanya pada sidang media selepas meninjau operasi kenderaan komersial di Plaza Tol Kota Kemuning, di sini, hari ini.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan (kiri) memeriksa berat kenderaan komersial ketika Ops Patuh Khas 2023 Kenderaan Komersial di Plaza Tol Kota Kemuning, Kesas Shah Alam. FOTO FAIZ ANUAR
Dalam perkembangan berasingan, Lokman berkata, pihaknya akan melaksanakan Op Patuh Khas fasa kedua terhadap kenderaan perdagangan akan dilaksanakan selama sebulan sehingga akhir Oktober ini.
"Operasi ini akan memfokuskan pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan keselamatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Perlesenan Kenderaan Perdagangan.
"JPJ tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan jalan raya dan pemeriksaan secara teliti akan dijalankan termasuk dari sudut teknikal, kompetensi pemandunya, perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah supaya hanya pemandu dan kenderaan perdagangan yang selamat sahaja layak berada di jalan raya,"katanya.
Sementara itu, beliau berkata, menerusi Op Patuh Khas fasa satu yang berakhir 30 September lalu, sebanyak 420,334 motosikal diperiksa.
"Sebanyak 135,446 notis saman dikeluarkan dengan kesalahan utama ialah penunggang motosikal tidak mempunyai perlindungan insurans (51,643 saman) diikuti kesalahan tidak mempunyai lesen memandu sah (39,648), kesalahan teknikal (12,550) dan melanggar isyarat lalu lintas (1,758).
"JPJ juga menyita sebanyak 6,567 motosikal yang diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalanraya,"katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-tertunggak-jpj |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|