CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 584|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes denggi dijangka melonjak naik akhir 2023

[Copy link]
Post time 3-10-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuala Lumpur: Kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini berdasarkan trend kes sejak 10 tahun lepas, menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Wan Ming Keong.

Katanya, corak ini dilihat berada di kemuncak setiap empat atau lima tahun dan dipercayai disebabkan oleh perubahan serotaip yang dominan di sesuatu kawasan.

"Kemuncak terakhir yang dilaporkan ialah pada 2019. Sebab itu kita jangka hujung tahun ini atau pada tahun depan kes akan ke kemuncak lagi. Salah satu faktor penyumbang ialah perubahan serotaip virus.

"Denggi ada empat serotaip (DENV-1 hingga DENV-4). Setiap kali serotaip yang dominan di sesuatu kawasan bertukar ke serotaip lain, kes akan meningkat kerana sistem imun penduduk setempat terhadap serotaip baru masih rendah, menyebabkan mereka senang dijangkiti," beliau menerangkan kepada Bernama dalam satu temu bual.

Bagaimanapun, pesakit yang sembuh daripada setiap serotaip akan mendapat perlindungan seumur hidup bagi serotaip berkenaan. Ini menyebabkan jumlah maksimum seseorang boleh dijangkiti denggi sepanjang hidupnya hanya empat kali.

Namun katanya, pesakit yang terkena jangkitan denggi buat kali kedua akan mengalami komplikasi lebih serius.

Menurutnya lagi, pada tahun lepas, tiada perubahan serotaip daripada DENV-3 ke DENV-4 dilaporkan tetapi situasi itu berubah pada tahun ini.

"Apa yang kita perhatikan pada tahun ini ialah DENV-4 dah ubah kepada DENV-2. Selagi ada pertukaran serotaip (dominan), kes akan berterusan dan meningkat," kata Dr Wan yang berkhidmat di Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

Katanya, punca lain kes denggi meningkat ialah kerana hanya satu dalam empat pesakit denggi bergejala, manakala pesakit lain tidak mempunyai gejala.

"Bagi yang tidak bergejala ini, mereka tidak akan mendapatkan rawatan kerana tidak tahu mereka sudah dijangkiti.

"Jadi bila mereka bergerak ke kawasan baharu, nyamuk yang tidak membawa virus itu akan menghisap darah pesakit yang sudah dijangkiti denggi berkenaan.

"Seterusnya virus yang dihisap akan menular di kawasan baru apabila nyamuk Aedes menggigit mangsa lain," jelasnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jak-naik-akhir-2023
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034422 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list