View: 2928|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Gempa bumi lemah di Sabah, hujan berterusan di Utara
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan.
Kuala Lumpur: Gempa bumi lemah berukuran 3.6 skala richter berlaku di perairan Sabah Timur pada 238 petang, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, pusat gempa bumi itu terletak 7.0 darjah utara dan 117.8 darjah timur dengan kedalaman 67 kilometer (km).
Menurutnya, ia dengan jarak 331 km selatan dari Palawan, Filipina dan 81km timur laut Pitas, Sabah.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan METMalaysia akan terus memantau keadaan ini," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi, hari ini.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bagi tempoh dua hari bermula esok hingga lusa.
"Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan," katanya.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di negeri Semenanjung dan Sarawak sehingga 8 malam ini.
METMalaysia memaklumkan ramalan cuaca itu dijangka berlaku di Perak iaitu membabitkan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Terengganu di kawasan Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman.
"Turut berdepan cuaca sama ialah Kelantan, Pahang di kawasan Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin selain itu Selangor membabitkan Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Hulu Langat.
"Negeri Sembilan pula di Jelebu dan Jempol, Johor (Segamat dan Mersing), manakala Sabah di Sandakan membabitkan kawasan Tongod, Telupid dan Beluran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... berterusan-di-utara |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|