CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3623|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hati-hati dengan mesej pautan bantuan Rahmah di Telegram

[Copy link]
Post time 4-10-2023 11:15 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Godam akaun Telegram sebelum hantar mesej sumbangan bantuan Rahmah kepada orang ramai secara rawak dan kenalan akaun pengguna yang digodam itu.

Itu taktik terbaharu sindiket penipuan yang cuba memperdayakan mangsa dengan menghantar pautan sumbangan bantuan Rahmah kononnya dari kerajaan untuk diisi, sebelum wang simpanan yang ada di dalam bank seseorang akan dipindahkan ke akaun lain.

Mangsa yang teruja terutama dalam kalangan B40 dan menyangka layak menerima bantuan, yang tanpa sedar mengikut arahan sindiket terbabit namun terpedaya dan wang simpanan mereka lesap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, setakat ini, pihaknya menerima 22 laporan polis berkaitan "Bantuan Rakyat – Sumbangan Asas Rahmah" membabitkan kerugian RM1,259.41.

Menurutnya, dalam kes yang diterima tu, majoritinya adalah berkaitan akaun Telegram pengadu digodam.

"Selepas itu akaun itu digunakan untuk menghantar mesej bantuan rakyat terbabit.

"Daripada 22 laporan diterima, 21 kes membabitkan akaun digodam dan satu kes membabitkan mangsa yang terpedaya dan kerugian apabila wang simpanan di dalam bank lesap," katanya kepada Harian Metro.

Ramli berkata, berdasarkan siasatan, mangsa menerima mesej berkenaan bantuan rakyat melalui aplikasi Telegram.

"Mangsa menekan link (pautan) yang diberikan dan mengisi semua butiran yang diperlukan termasuklah maklumat perbankan.

"Mangsa kemudiannya memasukkan nombor TAC yang dihantar kononnya untuk tujuan pengesahan. Setelah itu, mangsa akan mendapati wang dalam akaunnya berkurangan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk meningkatkan tahap keselamatan akaun Telegram bagi mengelakkan digodam dan disalahgunakan.

"Polis juga menasihatkan jika menerima mesej berkaitan pakej bantuan kerajaan semak terlebih dahulu kesahihannya bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rahmah-di-telegram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.035877 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list