View: 3687|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Notis Merah: Polis sudah serah dokumen diperlukan Interpol
[Copy link]
|
|
LAPORAN terdahulu.
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk permohonan notis merah menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Polis Antarabangsa (Interpol).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dokumen itu diterima pihaknya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
"Kita (polis) sudah menerima dokumen itu pada 3 petang tadi.
"Ia juga telah dimajukan kepada Interpol untuk tindakan mereka seterusnya," katanya kepada media, hari ini.
Sabtu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, draf pertuduhan adalah antara dokumen yang diperlukan Interpol daripada SPRM sebelum notis merah dikeluarkan terhadap menantu Muhyiddin, iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
Permohonan notis merah itu perlu dibuat melalui PDRM.
Ogos lalu, SPRM dalam satu kenyataan melaporkan sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
Individu yang dikesan itu ialah Muhammad Adlan, 48, dan Mansoor Saat, 69.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... diperlukan-interpol |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|