View: 3654|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Rokok seludup COD
[Copy link]
|
|
PENIAGA menghantar pesanan menggunakan kereta dan enggan memberitahu lokasi stor mereka menyimpan rokok berkenaan.
Kuala Lumpur: Sindiket penyeludupan rokok kini dikesan mengubah taktik apabila melakukan jualan menggunakan sistem bayaran ketika penghantaran (COD) bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
Kumpulan berkenaan menggunakan media sosial untuk mempromosi rokok seludup termasuk rokok putih sebelum menerima tempahan daripada pelanggan.
Ia susulan operasi berterusan dilakukan Kastam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas stor dan kedai-kedai runcit yang menjual rokok itu.
Disebabkan tiada kawalan, urus niaga jual beli rokok dalam talian semakin menjadi pilihan sindiket, peniaga bergerak secara individu malah penggemar rokok murah yang diseludup masuk itu.
Berdasarkan semakan wartawan ke atas undang-undang negara, rokok tidak boleh diniagakan secara dalam talian, namun perundangan itu seolah-olah hanya terpakai kepada syarikat pengeluar rokok yang berdaftar.
Wartawan kemudian menghubungi seorang peniaga yang menawarkan servis COD rokok seludup menerusi aplikasi WhatsApp.
Peniaga yang memperkenalkan diri sebagai Suresh itu memberikan senarai harga bagi 15 jenis rokok seludup termasuk rokok putih dan akan dihantar ke lokasi yang diminta pelanggan.
"Harga bagi bulan ini seperti berikut, John Dblend Red (RM61); John JDBSS (RM75); John White 25s (RM50); John Kelabu (RM50); Canyon Premium (RM56); Canyon Signature (RM48); Canyon Ice (RM60); Luffman Mild (RM42); LA Hitam (RM76); LA Putih (RM58); Amaran Duty 12s (RM68); Duty 16s (RM85); U2 Red (RM54); Impact (RM40) dan Touro (RM36).
"Semua rokok dijual secara karton sahaja, harga termasuk penghantaran di sekita Lembah Klang,"katanya.
Wartawan kemudian membuat pesanan ke atas produk terbabit dan memberikan alamat kepada peniaga sebelum menerima pesanan itu.
Peniaga berkenaan menghantar pesanan menggunakan kereta dan enggan memberitahu lokasi stor mereka menyimpan rokok berkenaan.
"Ini rokok baru abang, boleh cuba dulu, kalau tidak puas hati nanti beritahu saya. Dalam kereta penuh rokok untuk dihantar kepada pelanggan lain yang membuat pesanan.
"Susah nak cari di kedai sekarang abang, abang boleh buat pesanan kepada kami dan akan dihantar terus pada hari yang sama," katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa platform pasaran dalam talian popular di negara ini selain laman sesawang tertentu dan FB mendapati penjualan rokok seludup dalam talian semakin berleluasa.
Sehubungan itu, pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu bertindak segera membendung senario itu sebelum menjadi lebih buruk.
Mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, Peraturan 10A, tiada seorang pun boleh menjual atau menawarkan jualan apa-apa hasil tembakau secara dalam talian.
Sabit kesalahan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
*Ekoran kelicikan kegiatan dan perdagangan barangan seludup yang berleluasa dan sukar dibendung, Kerajaan harus lebih proaktif dalam melaksanakan penguatkuasaan seperti menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi menangkap dalang sebenar aktiviti penyeludupan ini.
Kerajaan juga harus sedar, permintaan yang tinggi terdapat barangan seludup seperti rokok merupakan antara penyebab mengapa ia sentiasa berada dalam pasaran. Oleh itu, pendekatan bagi mengurangkan permintaan harus dikaji dan dilaksanakan.*
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/10/1016211/rokok-seludup-cod |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|