CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3559|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kabinet akan putuskan jika subsidi telur, ayam diteruskan

[Copy link]
Post time 4-10-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Telur kini dijual di bawah harga siling kerana bekalan sudah stabil. - Foto BH

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam sehari dua lagi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jualan yang kini mula dipasarkan di bawah harga siling serta bekalan di pasaran yang semakin stabil.

"Saya masuk mesyuarat Kabinet (hari ini) hanya 10 minit. Saya bentang mengenai ayam serta telur dan kerajaan akan buat keputusan dalam sehari dua ini.

"Sekarang ayam dan telur keadaannya (bekalan) sudah stabil. Harga sudah di bawah siling. Jadi, Kabinet akan buat keputusan. Kita tunggulah keputusan Kabinet itu.



"(Keputusan itu berkaitan subsidi) ... ya ... sekarang sudah stabil," katanya selepas mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatannya dari Jepun, Miyashita Ichiro sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 di sini, hari ini.

Sebelum ini, mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun ini.

Pada Jun pula, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai lalu.

Sementara itu, menyentuh bekalan import produk perikanan dari Jepun yang didakwa mengandungi sisa radioaktif terawat, Mohamad berkata, hasil ujian ke atas sampel ikan yang dibawa masuk mendapati ia negatif.

"Semua yang kita uji negatif. Jadi, tiada halangan import dari Jepun yang menjadi isu baru-baru ini. Kerana ia sudah disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Bagaimanapun kita masih letakkan kekangan bekalan ikan dari Jepun di peringkat empat. Peringkat empat peringkat paling diberi perhatian, jika ada radioaktif seperti didakwa. Setakat ini, tidak ada. Sebarang ikan yang datang dari Jepun, makanlah. Ia selamat," katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada Malaysia bercadang meningkatkan import beras dari negara ASEAN lain bagi menstabilkan bekalan dan harga pasarannya, Mohamad berkata, perbincangan sentiasa dilakukan bersama Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) bagi melihat keperluan itu.

"Itu kita bincang dengan BERNAS yang mana lebih murah sebab BERNAS lebih mengetahui dan kita sentiasa bincang dari semasa ke semasa," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... lur-ayam-diteruskan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.034510 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list