View: 3436|Reply: 0
|
[Selangor]
Kastam gagal 2 cubaan seludup kokain, ketamin RM1.3 juta di KLIA
[Copy link]
|
|
Sazali (empat dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam dua kes berasingan di KLIA. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan dua cubaan menyeludup dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan nilai keseluruhan RM1.3 juta masing-masing pada 27 September lalu.
Kes pertama membabitkan cubaan lelaki Korea berusia 83 tahun membawa masuk dadah jenis kokain dengan anggaran berat kasar 3.85 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM770,000, manakala kes kedua didalangi warga tempatan berusia 21 tahun membabitkan heroin dan ketamin bernilai kira-kira RM500,000.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan /Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, dalam kes pertama pihaknya menahan suspek yang menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha yang tiba kira-kira jam 9 pagi pada 27 September lalu.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas dua bagasi dibawa suspek menemukan dua bungkusan berwarna perak yang tersembunyi pada bahagian dalam bagasi, yang kemudian disahkan mengandungi dadah jenis kokain dengan anggaran berat kasar 3.85 kilogram (kg) dan nilai pasaran RM770,000.
"Suspek disyaki dijadikan 'keldai dadah' dan semakan rekod mendapati lelaki itu pernah masuk ke negara ini pada 16 September lalu.
"Modus operandi adalah dengan mengubahsuai bahagian dalam bagasi bagi menyembunyikan dadah," katanya sidang media di Kompleks Kastam KLIA2 hari ini.
Mengulas kes kedua, Sazali berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan jam 11.20 malam hari sama ketika menuntut bagasi di kaunter 'Lost & Found' milk sebuah syarikat penerbangan.
"Suspek membatalkan penerbangan ke Taiwan lima hari lalu dan ketika pemeriksaan di mesin pengimbas bagasi, anggota mengesan objek dan imej kehijauan dalam satu kotak permainan dan enam kotak makanan disyaki dadah.
"Hasil pemeriksaan menemukan 14 ketulan mampat serbuk putih disyaki heroin dengan anggaran berat kasar 4.95kg bernilai anggaran RM438,000 dan lima paket mengandungi ketulan kristal disyaki ketamin dengan anggaran nilai RM60,000," katanya.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-rm13-juta-di-klia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|