CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3421|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pelajar perlu bantuan RM60,000 pulihkan tulang rapuh pada kaki

[Copy link]
Post time 4-10-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode

Nur Farhani Aleesya dibantu ibubya menunjukkan kakinya yang menghidap Osteogenesis dan memerlukan RM60,000 untuk menjalani pembedahan. - Foto NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan, memerlukan bantuan sebanyak RM60,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan akibat Osteogenesis imperfecta atau tulang rapuh yang dihadapinya.

Nur Farhani Aleesya Zainal Arshad, 13, menghidap penyakit itu pada bahagian paha serta betis sejak dilahirkan dan menyebabkan sudah berbelas kali kedua-dua kakinya patah akibat terjatuh.

Ibunya, Sakinah Omar, 48, berkata anak bongsu dari lima beradik itu tidak dapat berjalan seperti biasa dari kecil dan hanya mampu mengensot sahaja jika berada di rumah.

Jika di sekolah pula katanya, anaknya perlu menggunakan kerusi roda dan rakan-rakan di sekolah yang banyak membantu anaknya itu jika mahu ke mana-mana.



"Sebagai seorang ibu, saya amat berharap Nur Farhani Aleesya dapat menjalani kehidupan normal seperti berjalan dan melakukan pelbagai aktiviti lain," katanya.

Ibu tunggal itu berkata, doktor memaklumkan yang anaknya mempunyai harapan untuk berjalan seperti biasa selepas menjalani dua pembedahan.

Katanya, pembedahan pertama diperlukan adalah memasukkan besi pada bahagian paha dan tiga bulan selepas itu perlu menjalani pembedahan kedua iaitu memasukkan besi pada betis.

Selepas itu, anaknya perlu menjalani fisioterapi dan rawatan susulan sebelum pulih sepenuhnya dan mampu berjalan beberapa bulan kemudian.

"Saya amat berharap orang ramai sudi menghulurkan bantuan kepada kami supaya Nur Farhani Aleesya dapat menjalani pembedahan dan paling penting, dia dapat menguruskan diri sendiri seperti orang lain," katanya.

Katanya, dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga sepenuhnya anaknya itu dan ketika ini menerima bantuan untuk Nur Farhani Aleesya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 selain berniaga kuih dengan pendapatan sekitar RM300.

Sementara itu, Nur Farhani Aleesya berkata, dia amat berharap pembedahan itu nanti membolehkan dia berjalan dan melakukan pelbagai aktiviti seperti rakan lain.

Katanya, dia bersyukur kerana guru dan rakan banyak membantu di sekolah terutama menolak kerusi rodanya.

"Saya berharap selepas ini kaki tidak lagi patah kerana setiap kali patah, saya perlu menanggung kesakitan yang amat sangat.

"Saya memang teringin berjalan seperti orang lain dan berharap dengan bantuan orang ramai, ia menjadi kenyataan," katanya yang bercita-cita menjadi akauntan.

Orang ramai yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dalam bentuk cek, dengan menulis nama Nur Farhani Aleesya di belakang cek.

Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 4, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun Bank Muamalat bernombor 14010008842718 atau Maybank 514105323170 dan nyatakan nama pesakit pada bahagian rujukan penerima atau butiran pembayaran lain.

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP itu layak mendapat pelepasan cukai.
https://www.bharian.com.my/berit ... ang-rapuh-pada-kaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.042764 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list