View: 1748|Reply: 0
|
[Perak]
Pembuli jalan kena tahan
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video tular pemandu kenderaan yang didakwa pembuli jalan di Lebuhraya Utara Selatan.
Tapah: Polis menahan lelaki didakwa pembuli jalan raya selepas memandu berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang video mengenainya tular di media sosial.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.30 petang Selasa di Kilometer 318 lebuh raya itu arah utara.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya mengesan video itu tular di X, menunjukkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V dipandu melulu dan berbahaya.
"Seorang lelaki berumur 32 tahun dipercayai mangsa dalam kejadian itu membuat laporan polis pada 4.51 petang semalam," katanya dalam kenyataan.
Mohd Naim berkata, siasatan kemudian dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan suspek ditahan ketika hadir untuk membantu siasatan, 8 malam tadi.
Menurutnya, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor P Prathiparaj di talian 014-6178095.
"Pengguna jalan raya diingatkan supaya lebih berhati-hati dan bertimbang rasa semasa memandu supaya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... li-jalan-kena-tahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|