CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2842|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hukuman mati pasangan kekasih diganti penjara 30 tahun

[Copy link]
Post time 5-10-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati sepasang kekasih dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kepada tertuduh wanita, sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah memerintahkan R Saravanan Kumar, 33, dan T Gayathry, 39, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap.

"Hukuman gantung yang dikenakan Mahkamah Tinggi Georgetown diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara 30 tahun terhadap kedua-dua tertuduh bermula dari tarikh mereka ditangkap," kata Vazeer Alam yang turut mengenakan 12 sebatan terhadap Saravanan.

Saravanan ditangkap pada 27 September 2014 manakala wanita itu ditahan pada 25 September tahun yang sama.

Terdahulu, peguam M Visvanathan, mewakili Gayathry memberitahu mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara telah bersetuju dengan representasi yang dikemukakan pihaknya.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Pendakwa Raya Fuad Aziz. Pada prosiding hari ini peguam N Selvarani, mewakili Saravanan.

Pada 24 September 2020, Mahkamah Tinggi Georgetown menjatuhkan hukuman gantung terhadap mereka selepas didapati bersalah membunuh S Kaviarasan yang ketika itu berumur lima tahun.

Pasangan kekasih itu didakwa di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam pada 13 Oktober 2014 atas tuduhan membunuh Kaviarasan di Taman Keladi, Kulim, Kedah antara jam 8 pagi pada 20 Sept dan 4 petang, 27 September 2014.

Mayat kanak-kanak itu yang dicampak di kawasan semak di ladang sawit berhampiran Permatang Tinggi, Bukit Tengah, Butterworth ditemukan oleh pihak polis pada 29 September 2014.



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ti-penjara-30-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.058092 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list