CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16073|Reply: 27

biodex vs clomid

[Copy link]
Post time 17-1-2011 08:48 PM | Show all posts |Read mode
salam semua...aku disahkan menghidap pcos,masalahnyer sekarang bila aku cek kat pakar,pakar bagi aku clomid dan norcolut.
yang mana norcolut akan turunkan darah period dan clomid akan matangkan telur.berat aku 100kg,tinggi 165cm.masa mengandug anak pertama,berat aku dalam 70kg,lepas bersalin terus naik mendadak.apa yang aku tahu,klu ambil clomid,makin suburlah badan aku yang dah subur ni.aku nak minta pendapat,dalam usaha aku untuk dapatkan anak kedua,memandangkan anak pertama dah berumur 5 tahun,dah pandai minta adik,apa yang perlu aku buat?ambil set kehamilan biodex ataupun ikut kata doktor pakar???tolonglaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2011 10:07 PM | Show all posts
sori kalau salah tanya.. pcos tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 07:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by murninurani at 18-1-2011 07:26

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut.

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?

TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.

I.Berbagai Jenis Gangguan Haid

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

II.Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

IV.Tumbuh rambut.

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Merawat polycystic ovari

i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.

ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haidsupaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.


Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)

Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.

Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.


Meningkatkan kesuburan wanita.

Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.

Ubat subur Clomiphene

Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.

Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur.

Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

Ubat Metformine

Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.

Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling

Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

*krdt to Dr Hamid Arshad*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 09:08 AM | Show all posts
Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseora ...
murninurani Post at 18-1-2011 07:24



   thanks murni,info yg sgt berguna.tp still dlm consideration utk pilih biodex@clomid?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 03:03 PM | Show all posts
cube try satu2......skrg dah ade clomid kan...try clomid dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 03:38 PM | Show all posts
cube try satu2......skrg dah ade clomid kan...try clomid dulu
deq_ain Post at 18-1-2011 15:03



   thanks ain,i try.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2011 05:08 PM | Show all posts
thanks ain,i try.
sukisukusuka Post at 18-1-2011 15:38



   GOOD LUCK
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 01:10 PM | Show all posts
hye..

start makan clomid semalam..pagi2 td dah meloya...muntah tp x kelaur apa2...seksa...kena tahan utk 5 hari.,.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2011 03:31 PM | Show all posts
x mkn pn clomid lg sbb berkira2 hari tuk 'bersama' sbb husband kerja tpt lain and kte pn kejap2 ade kursus and camping.huhuhuh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 04:34 PM | Show all posts
hye sukasuki, just nak share pengalaman la pasal boidex ni... sy dah dua kali peknen tp gugur... dua kali kene proses D&C... sakit x yah ckp la,huhu... nasib baik x meroyan... then oktober 2009, sy disahkan peknen lagi... since tahu dah peknen, sy terus beli set kehamilan biodex, baby pun membesar ikut jadual (wlupun sblm ni, sy check kat swasta, doctor kata janin sy x nampak, tp sy tawakal n teruskan juga mkn biodex),  n Jun 2010, sy selamat bersalin, Alhamdulillah... bg sy ada pro n kontra antara clomid n biodex.. tp x salah kan utk kita cuba kedua2nya...  bg sy biodex berbaloi utk dicuba, asalkan awak beli dr stokis yg bertauliah... berhati2 pd produk tiruan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 10:20 PM | Show all posts
hye sukasuki, just nak share pengalaman la pasal boidex ni... sy dah dua kali peknen tp gugur... dua ...
UmmuRifqii Post at 25-1-2011 16:34



   sbnrnya suki ada amik set kehamilan biodex pada bulan 11 smpai bln 12 thn 2010.waktu ambil set biodex,bln ke-2 x dtg bln.suki punnye period mmg x tentu jadi naluri ni kata x pregnant.try g doktor,dapat 1 line terang n 1 lagi line kabur.pastu call lah head opis biodex,n bg tau situasi suki waktu tu n die sruh stop makan set biodex kecuali supreme diet.tapi naluri selalunya betul bila wat upt skali lg hasilnya negatif.bln 1 2011,jumper pakar dan pakar kate ade pcos n dia bglah suki makan pil clomid.rasanya semua rezeki kan,ada org mkn skali trus mngandung,ada yg smpai bertahun baru mengandung.jd,bila dh ada clomid,suki try makan clomid dlu,mgkin paling lama suki bagi tmpoh 6bln sblum cuba kaedah len.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 10:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by sukisukusuka at 23-2-2011 22:54

update:
stlh mkn norcolut seperti yang dimaklumkan doctor,suki dtg bulan pada 2/2/11 jd hari ke-2 period jatuh pada 3/2/11 dan mula start mkn clomid hingga 7/2/11.waktu subur mungkin pada sekitar hari ke-14,jadi suki kerja keras dgn husband start 11/02/11-16/02/11.
masa makan clomid,xdelah rase perubahan hormon,mcm biasa jer.tapi start 20/02/11 hinggalah ke hari ini 23/02/11 perubahan dari segi:
1. badan mcm banyak angin.
2. kepala kdg2 sakit.
3. bahagian ari2 sakit cam nak dtg bulan.
4. tekak ade rasa loya w/pun x kuat.
5. nak makan tapi cam xde mood.
6. payudara rasa cam sakit,bila pegang,ada rase sakit kat bahagian tertentu.
7.sakit belakang cam pregnant,sbb mmg pnh pregnant jd tau la rasenyer skit.8.bila menyiarap,bahagian ari2 rase cam tegang@senak.
9. dok dlm aircond mlm2 pn rasa cam bahang n berpeluh jer...
persoalanya adalah,adakah ini adalah kesan dpd pengambilan pil hormon, ataupun suki berjaya hamil???
rasa cam nak buat upt tp masih terlalu awal lg.mungkin kesan clomid kot?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:41 PM | Show all posts
update:
stlh mkn norcolut seperti yang dimaklumkan doctor,suki dtg bulan pada 2/2/11 jd hari ke-2 p ...
sukisukusuka Post at 23-2-2011 22:29


suki, rasanya mcm  u dah berjaya hamil... apepun all the best to u.. harap2 kali ni ada la rezeki... try wat upt, kalau kabur atau x terang, dulu pun upt sy x terang gak... tp memg sy pregnat.. yg penting, jumpa doctor n sahkan.. bykkan tawakal pada Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2011 05:58 PM | Show all posts
suki, rasanya mcm  u dah berjaya hamil... apepun all the best to u.. harap2 kali ni ada la rezek ...
UmmuRifqii Post at 23-2-2011 23:41



   tadi suki check upt tp -velah...klakar kan..awal lg dh buat upt.patutnya next period akan dtg 2/3/11 tapi dah buat dlu lak.x sabar btul suki ni.biase kan buat selepas delay next period beberapa hari...ntahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 06:09 PM | Show all posts
lah.. xpa, suki teruskan usaha...  saya doakan suki success.. yg penting, jgn stress sgt.. boleh mengganggu... kene happy slalu.. btw, doctor bg tips, kalau bersama suami, jgnn terlalu fikir nak anak... kene enjoy... bila terlalu fikir, tu yg susah nak dpt... gud luck!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 06:38 PM | Show all posts
aku dulu 3 bln berturut2 amek clomid.tapi satu pun tak lekat.badan aku jadi subur satu hal..pas tu amek biodex hanimun set.3 set amek pun still tak pegnen.skang mcm dah malas nak pikir

kalau set biodex tu ada satu benda ni yg blh ubat pcos ko tu.nama nya noni chewable.cuba try beli ni.insyaallah ok.

tp kan,clomid tu ko blh amek 3 kali je kan..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 08:55 PM | Show all posts
Hai semua...saya pun menghidap pcos and masa ni doc bg saya norethisterone to delay my period sebab saya pcos overweight n masa ni dlm proses turunkan berat.Dah berjaya turunkan 5kg..Nanti haid hari kedua doc suruh jumpa lagi tpi dlm masa yg sama berat saya mesti dah turun waktu tu.Doc ada ckp yg dia nak bagi Clomid..saya plan nak mkn clomid tu nanti n supreme diet..apa pendapat korg?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 10:57 AM | Show all posts
lah.. xpa, suki teruskan usaha...  saya doakan suki success.. yg penting, jgn stress sgt.. boleh men ...
UmmuRifqii Post at 24-2-2011 18:09



trima kasih ummu,tapi tu lah,mmg x blh klu x pikir.setiap mase tefikir anak jer...xtaulah bila suki blh lupa target nak anak.stiap hari suki berdoa,tapi mungkin blum ada rezeki lg kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 11:00 AM | Show all posts
aku dulu 3 bln berturut2 amek clomid.tapi satu pun tak lekat.badan aku jadi subur satu hal..pas tu a ...
daiman Post at 24-2-2011 18:38


rasanya clomid blh amik smpai 6 kali kot bb ada terbaca dlm forumer yang sampai 6bln mkn clomid baru lekat.x taulah,kna jumpa doktor gak klu nak tau.pasal noni chewlet tu nnt suki survey.thank daiman...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 11:03 AM | Show all posts
Hai semua...saya pun menghidap pcos and masa ni doc bg saya norethisterone to delay my period sebab  ...
mooNiera Post at 24-2-2011 20:55


awak kena tanya doktor klu nak amik supreme diet + clomid sbb takut ade side effect nya.saya sejak makan clomid,ape2 produk pn sye cuba elakkan cuma sye mkn pil folic acid jek.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.608445 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list