CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6879|Reply: 41

[Cinta] Melawan Perasaan yang Rumit Ini. Tolong aku ..

[Copy link]
Post time 10-10-2023 12:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by HanyaUngu at 12-10-2023 01:01 AM

Hai forrumers. Aku tak tahu nak meluahkan macamana. Tapi memandangkan aku tahu kat sini ramai orang , boleh lah kalau korang nak jadikan topik sembang.

Aku baru putus dengan past relationship aku yang terbina lebih kurang 7-8 tahun lalu. The real relationship sebenarnya bermula 2 tahun lalu je.


Terus terang aku cakap yang pada awalnya kami sama-sama menidakkn hubungan ni. 5-6 tahun lalu tu memang berkawan. Tapi lama-lama terbit perasaan luar biasa.  Kami sama jantina sebenarnya , senang kata.


Kawan pun mula-mula online. Dalam masa 5-6 tahun awal tu tak pernah lah lost contact . Kekal jadi kawan yg aku boleh kata, istimewa. Tapi dalam masa yang sama, cuba menidakkan rasa dan perasaan tu. Korang memang boleh judge, aku berdosa denga perasaan tu. Tapi korang cubalah bayangkam dalam 5 tahun tu aku dengan dia sehabisnya struggle menidakkan perasaan masing-masing.


Tapi dalam masa yg sama, kami keep in touch. Hari-hari bercakap telefon, texting. Kitorang kenal asalnya dari social media je , terapat. Proses biasa relationship develope. Hari-hari lama-lama kami sedar kami ada perasaan kat masing-masing.


Hukum ke, fitrah ke, korang takyah cakap. Aku tahu. Punya banyak aku dengan dia berjuang. Lawan habis-habis perasaan.
Cuba nak lost contact, cuba nak pergi jauh. Balik-balik we will get back together. Ups and down sama-sama dah ada untuk each other.
Sampailah 2 tahun lepas kami rasa kami patut putuskan aje semuanya dan bawa haluan masing-masing. Sempat beberapa bulan, akhirnya kami get nak jugak. Kami betul-betul in serious relationship since 2 tahun lepas. Tapi dalam rahsia. Takde siapa tahu sangat. Dia buat baik kat family aku, aku buat baik kat famili dia macam orang bercinta lelaki perempuan tapi sebenarnya kami sama jantina. Korang paham ke situasi tu? Hubungan macam hubungan rahsia. Yg penting kami tahu dan sama-sama sayang.


Mainan perasaan dalam diri ni ada je persoalan : penatnya menyorok begini. Penatnya menipu. Penatnya tak jadi diri sendiri. Sebab semuanya banyak selindung kan. Sedangkan kami dalam fon and dating memang mcm girlfriend-boyfriend.


Dan akhirnya beberapa bulan lepas kami dah benar-benar putuskan hubungan ni. End up dengan aku bagi apa yang aku nak bagi kat dia for the last dan dia bagi apa yg dia nak bagi kat aku for the last. Takde dah pertemuan terakhir. Hanya dalam fon, kami putuskan.

Masalah sekarang dia macam dah move on dengan tak banyak dah reply apa-apa kat text aku dan aku pun dah sedaya upaya lawan perasaan ni cuma kadang-kadang jadi teringat-ingat.
Text lama kami aku ada sikit-sikit simpan lagi. Kadang -kadang rindu, baca.
Terkenang tu ada je. Aku stalk socia media dia atau social media tempat kerjadia sesekali sekala just untuk tengok dia.
Aku melawan habis habis perasaan ni tapi lemah jugak rasanya. Dengan Tuhan memang aku banyak doa supaya aku kuat, dia kuat.

Dia pulak memang menyalahkan aku sangat-sangat dengan perpisahan ni sebab dia kata aku rosakkan dia dengan perasaan ni sekian lama. Tapi akhirnya berpisah juga. Aku mintak maaf pun dia taknak cakap apa-apa. Dia kata dia taktau dia boleh maafkan atau tidak. Aku tahu dia akan move on . Perpisahan ni memang yang ultimate daripada yang bergaduh atau merajuk sebelum-sebelum ni.
Aku je yang masih kumpul kekuatan juga lagi. Padahal ni yang aku nakkan bila aku sedar yang kami dah hanyut dengan perasaan ni terlalu jauh.  7-8 tahun ni dikira panjang buat aku dan dia untuk terima hakikat putus terpaksa dah ni. S


Sebelum memulakan hubungan serius kami 2 tahun lalu tu kitorang memang dah habis gile berusaha melawan. Tapi semuanya bawa kami bersama balik dan lebih rumit.

Aku dah sibukkan diri, dekatkan diri lebih banyak denga Tuhan, layan movies dan series untuk lawan perasaan aku daripada ingat dia sangat. Cuma aku rasa macam ada je lagi yang tak terluah dan tak dapat nak lepaskan habis-habis. Aku ada baca menulis dan meluahkan pun boleh melepaskan perasaan tu. Aku cubalah kat sini..


Kalau ada yang nk bagi tips , bolehlah share sini. Doa pun aku terima kalau korang nak share. Tapi gitulah. Perasaan rumit dan salah ni lama sangat ada dalam hati. Nak menyucikannnya bersih-bersih bukan mudah.


Aku harap kalau ade yang punya pengalaman sama boleh share sini nasihat atau kalau sudi nak berbual situasi ni, boleh je pm .


Terima kasih semua. Aku doakan yang ada hal yang sama ni jumpa kekuatan juga. Tak mudah nak lawan semua ni.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 11:19 AM | Show all posts
hmm panjang sgt and font kecik, rata dalam ni semua level makcik so font tu besarrkan la dik.


I dapat tangkat ayat cinta sejenis. I make it short.

Cuba u bukak news al jazeera, or tgk tiktok how Palestinians tu bergadai nyawa , anak mak bapak mati isteri suami..mereke selama hidup kat tanah suci tu bergadai nyawa menuntut hak mereka dan melindungi agama Islam yang duk di perkotak katikkan zionis.

So, dari apa i tulis diatas tu. sama level ke masalah u ni dengan apa yang berlaku di akhir zaman ni, go take the mirror and  be honest...u deserve ke nak meratip meluah sebab masalah bangang u ni? Allah dah bagi kita hawa dan adam, duk la sibuk nak jatuh cinta dgn kaum sejenis, nnt kena sipilis, aids atau penyakit pelik pelik. Sory kalay ayat I ni tak selembut atau as u expected.

Be mature and be responsible as a human dan sebagai seorang Islam dan anak kepada ibu bapa you.

Stop melayan perasan yang merugikan diri dan jiwa you.

Kita ni sebenarnya boleh twist hati dan mind kita immediately if we sort out our thoughts for once and all. So dont waste time to long...hidup you ada banyak benda nak kena buat jika hanya untuk perasaan apatah lagi kaum sejenis...u pegi tgk muka u kat cermin and u mampu atau tak feel good about urself..So hurry up buck up and sedar apa yg perlu di buat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 11-10-2023 11:19 AM
hmm panjang sgt and font kecik, rata dalam ni semua level makcik so font tu besarrkan la dik.



  

Well said

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda kesudahan yg baik cinta sejenis ni..
Laknatullah!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2023 01:04 AM | Show all posts
adila39 replied at 11-10-2023 11:19 AM
hmm panjang sgt and font kecik, rata dalam ni semua level makcik so font tu besarrkan la dik.

Thank u so much. Appreciate that. Bout the font tu dah try adjust tak tahu jadi tak besar sikit saiznya. Harap jadilah.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2023 01:05 AM | Show all posts
Purplehaz replied at 11-10-2023 10:54 PM
Takda kesudahan yg baik cinta sejenis ni..
Laknatullah!!!

Iye memang Tuhan dh bagi dah tu petunjuk semua. I took it as a reminder dari Tuhan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2023 06:00 PM | Show all posts
Edited by Jitu at 14-10-2023 06:05 PM

cinta sejenis euwwwww, sorry tt

pengalaman sejenis takde
cuma klu sy kan bila nak lupakan org yg pernah ada dlm hati kita dulu
sy akan :-

1.delete semua text, gambar, no tepon, apa2 je la yg blh buat kita ingat ke si dia

2. pastu langsung dah tak akan sesekali cari dia semula

3. buat aktiviti2 yg akn buatkan kita takde masa nak duduk termenung mengingatkan kepada si dia

4. dlm tempoh beberapa bulan InsyaAllah blh move on cuma pantang dia jgn sesekali berhubung semula

semoga tt dipermudahkan Allah utk terus berubah dan kembali kepada fitrah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 06:04 PM | Show all posts
adila39 replied at 11-10-2023 11:19 AM
hmm panjang sgt and font kecik, rata dalam ni semua level makcik so font tu besarrkan la dik.

amboi akak ni terlalu garang la
tt cuma nak luahkan perasaan je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 14-10-2023 06:04 PM
amboi akak ni terlalu garang la  
tt cuma nak luahkan perasaan je

hahahah tu la...sebab emo palestine issues ni la...i mean yeah reminder utk diri jugak tuu..tp kdg kena direct jgk...hope TT ok
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
HanyaUngu replied at 12-10-2023 01:04 AM
Thank u so much. Appreciate that. Bout the font tu dah try adjust tak tahu jadi tak besar sikit sa ...

u can do it TT!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:41 AM | Show all posts
TT laki ke pompuan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku fhm perasaan ko..aku pn tgh cuba..mcmane nk heal dr broken heart..aku nk kalau blh esok aku bgn dh xingt dh kt dia..mohon Allah makbul doa aku…aku xtau mcmane nk handle broken heart ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2023 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 14-10-2023 06:00 PM
cinta sejenis euwwwww, sorry tt  

pengalaman sejenis takde

Thank u for the tips. Takpe bab eyuww tu. Aku pun bila fikir apa dia fikir pasal aku sekarang just eyuwkan diri supaya tak pergi merayu ke meluah kt dia. Biar kami pakat move on cara sndiri.

No 1 dah buat sepenuhnya.
No 2 pun.
No 3 tengah buat.
Tgh tnggu No 4.Mudah-mudahan menjadilah beberapa bulan nanti .  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 16-10-2023 10:24 AM
hahahah tu la...sebab emo palestine issues ni la...i mean yeah reminder utk diri jugak tuu..tp kdg ...

Takpe.. its ok. Bukan tak terkesan pasal palestine tu. Terkesan... Larut jugak perasaan ni mengenang diorang kat sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2023 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
NurAlia14 replied at 16-10-2023 06:39 PM
Aku fhm perasaan ko..aku pn tgh cuba..mcmane nk heal dr broken heart..aku nk kalau blh esok aku bgn  ...

Semoga kita sama2 kuat. Boleh, cuma belum lagi. Kita manusia biasa ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
HanyaUngu replied at 17-10-2023 12:31 AM
Semoga kita sama2 kuat. Boleh, cuma belum lagi. Kita manusia biasa ...

Ko akan terserempak dgn dia x? Kalau x mmg blh buat..mcm aku hari2 akn terserempak mcmane la aku nk avoid..bila rasa tu menjerut biasa apa ko buat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
NurAlia14 replied at 17-10-2023 01:15 PM
Ko akan terserempak dgn dia x? Kalau x mmg blh buat..mcm aku hari2 akn terserempak mcmane la aku n ...

Boleh jadi akan terserempak. Tp occasionally la...bukan hari2. Circle dia , circle aku dan tak terlalu asing.

Kalau datang perit teringat sangat tiba2, aku istighfar je yg bleh .... Pastu cuba buat benda lain...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
HanyaUngu replied at 17-10-2023 07:01 PM
Boleh jadi akan terserempak. Tp occasionally la...bukan hari2. Circle dia , circle aku dan tak ter ...

But before that, cuols ni lelaki ke pompuan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
NurAlia14 replied at 17-10-2023 08:24 PM
But before that, cuols ni lelaki ke pompuan?

Kena bagitahu ye?... Maybe takpayah dulu bagitahu. Selesa macam ni je
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 04:58 AM | Show all posts


could be hormones changes ..
jumpa doktor ..
inform your problems and ask for nasihat  ..
how to protect and prevent to overcome ..

can refer this site .."Three Musketeers"
https://bm.cari.com.my/forum.php ... amp;fromuid=1848411

all d'best

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.306411 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list