CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2874|Reply: 19

Mampukah korang menjadi suami yg soleh...???

[Copy link]
Post time 21-1-2011 10:04 AM | Show all posts |Read mode
As salam semua.....just nak tanya..mampukah korang menjadi suami yg soleh ..ialah kita mmg nak isteri yg solehah tetapi...mampukah kita sendiri menjadi suami yg soleh....just nak share artikel nie....sumber dia..   http://enamanja.tripod.com/a15.htm



SUAMI SOLEH

Hak-Hak Isteri DariSuaminya

  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta    suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir    ataupun batin.
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan,    dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta    tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah s.w.t
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan    isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal    keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian    dan makanan yang sempurna mengikut kemampuanya.
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan    dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap    isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas    kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak    di dedahkan kepada orang lain.
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji    terhadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat    seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan    sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian    yang baik terhadap isterinya penjagaan ini meliputi semua hal termasuk    kehormatannya.
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri    sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam    keadaan sedih.
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri,    zahir dan batin.
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara    bebas dengan wanita lain.
  • Suami yang dapat menyelidik secara cermat dan teliti    segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
  • Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan    penuh amanah serta bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2011 10:08 AM | Show all posts
satu lg nak share....sumber    http://soleh.net/2007/06/28/50-langkah-menjadi-suami-mithali/


Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

Para isteri pun boleh baca

   1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
   2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
   3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
   4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
   5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
   6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
   7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
   8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
   9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
  12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?
  14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
  15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
  16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
  17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
  20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Wallahu a’lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 05:04 PM | Show all posts
tu dia...tak de lelaki yg mampu rupa2nya...patutla...ada wanita mengamuk nak soh jd isteri yg solehah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 11:18 PM | Show all posts
beruntung yg mempunyai somi yg nama SOLEH/SALLEH
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 11:19 PM | Show all posts
Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara    bebas dengan wanita lain.
akula203 Post at 21-1-2011 10:04 AM


pakcik fail bab nih....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 04:03 PM | Show all posts
sosah nk cari org laki yg macam ni...
even nk cari wanita solehah pn ssh...
memadai kalau masing2 tau kemampuan, kelebihan, kekurangan sendiri...
supaya masing2 ada persefahaman..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2011 04:06 PM | Show all posts
pakcik fail bab nih....
TanSriJess Post at 21-1-2011 23:19


pakcik fail ke pakcik???
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 04:18 PM | Show all posts
pakcik fail ke pakcik???
seroja23 Post at 22-1-2011 04:06 PM



    kalo masuk bab pompuan pakcik kalahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 04:34 PM | Show all posts
kalo masuk bab pompuan pakcik kalahhhh
TanSriJess Post at 22-1-2011 16:18



pompuan yg halal ke yg x halal?"?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 10:23 PM | Show all posts
pompuan yg halal ke yg x halal?"?
seroja23 Post at 22-1-2011 04:34 PM



    mak pak dia islam...halal la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 06:05 PM | Show all posts
Salam....

Nak komen sikit pasal senarai-senarai  yang diberikan konon-kononnya contoh yang patut ditunjukkan oleh sang suami agar menjadi suami yang soleh....kononnya lah...

Bab part yang pertama tu saya rasa agak rasional untuk kita hadapi atau laksanakan....iaitu yang dipetik dari enamanja.tripod....tapi ...

Bab yang kedua tu..iaitu daripada Dr Fadzilah Khamsah....ia terlalu banyak...manjadikan ia tidak berapa rasional....

Saya faham...sifat dia sebagai seorang motivator memang lah begitu....ceritakan kononnya inilah yang patut dilakukan perkara yang terbaik bagi suami untuk memperlihatkan dihadapan isteri bahawa aku lah suami mithali atau soleh....

Saya pun seorang motivator.... cuma pendekatan saya agak berbeza .... kerana cara pemikiran dan rasionaliti saya dalam memberi kata-kata semangat kepada kaum wanita dan lelaki bagaimana hendak menjadi seorang yang soleh/solehah mesti dikaitkan dengan bagaimana pula kita mendekatkan diri menjadi seorang mukmin/mukminat yang betul -betul faham tentang apa itu agama....saya tak bercerita tentang muslimin/ muslimat tetapi saya ulang sekali lagi....mukmin/mukminat...ia terlalu jauh beza serta maknanya....

Disebabkan akula203 telah mengeluarkan thread ini...saya akan memberi komen ....tapi tak terlalu panjang....kerana .... pada pendapat saya.... 50 perkara yang dinukilkan oleh Dr Fadzilah Kamshah itu.... secara kesimpulannya ...... akan membuatkan seorang wanita / isteri itu " MANJA "....

Semua perkara yang dituliskan diatas  adalah terlalu asas bagi saya...  cara pendekatan yang saya terapkan kepada penuntut adalah amat berbeza....kerana saya dan rakan -rakan menggunakan pendekatan ' orang awas/khas ' dalam menyampaikan kuliah...

Pendekatan ini adalah pendekatan yang amat berbeza berbanding pendekatan ' orang am/awam' kerana 'orang awas/khas' akan memahami lebih daripada apa yang dituliskan sebegitu panjang berjela-jela hingga akhirnya membuatkan orang yang dipanggil soleh itu sebenarnya hanya soleh dihadapan isteri dan juga segelintir manusia sekeliling....tetapi hakikatnya bukanlah seorang mukmin sejati....hanya muslim/muslimat yang soleh/solehah sahaja....

Apabila saya menyebut ' Manja '.... sebenarnya pada persepsi  kaum isteri inilah sebenarnya ciri-ciri seorang suami yang dikehendaki....suami yang soleh....tetapi hakikatnya.... kemanjaan itu telah mengheret atau mengongkong para suami-suami  mereka untuk bertindak lebih jauh seperti mana yang dikehendaki agama....

Disebabkan perlakuan kemanjaan yang tidak bertempat ini, baik secara sedar atau tidak ....akhirnya  .... suami serta isteri lalai dibuai motivasi yang terlebih... mengabaikan tanggung jawab umat Islam secara global ( dunia ) dek kerana terlalu asyik dengan kata-kata manis pakar motivasi yang banyak menjurus kepada 'esteem' kepentingan individu atau golongan kecil  dengan mencanangkan bahawa inilah tuntutan agama.....cair....

Kepongpong pemikiran seperti ini ditambah pula dengan asas agama yang terlalu rapuh....memyebabkan umat Islam di Malaysia agak ketinggalan dalam memenuhi tuntutan agama sebenar.....

Jadinya....tulisan yang dinukilkan itu biarlah rasional sedikit....kerana jika terlalu banyak....seolah-soalh ia suatu fantasi atau angan-angan sahaja....hingga jika para suami atau isteri itu terlalu mengikut apa yang dinukilkan....akhirnya 'kemanjaan' itu merugikan umat Islam secara keseluruhannya....

Jika kita mengikuti serta menyelami buku Sheikh Dr Yusuf Al Qadawi bertajuk Fiqh Al Awlawiyat.... dan fahaminya secara mendalam....baru kita tersedar bahawa kita banyak mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang Islam sebenar dek kerana terlalu khusyuk untuk mempraktikkan peranan seorang suami atau isteri yang soleh dan solehah sebagaimana yang dituliskan oleh para motivator atau penceramah agama yang agak popular itu.

Salam....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 09:31 AM | Show all posts
Reply 2# akula203

insyaALLAh..dimana ade kemahuan disitu ada jalann...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 10:08 AM | Show all posts
setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 01:51 PM | Show all posts
ya Tuhan berikan ku hidayah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 02:57 PM | Show all posts
ya Tuhan berikan ku hidayah..
kegimaru Post at 24-1-2011 13:51



    amin..semoga kembali ke pangkal jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 02:59 PM | Show all posts
Reply 15# melinda_gordon

adehh..hawt mel pn ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2011 03:00 PM | Show all posts
Reply 16# kegimaru


    weh...hang ni...mana ade...
mcm hang penah tgk muka mel jaa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 12:03 AM | Show all posts
sosah nk cari org laki yg macam ni...
even nk cari wanita solehah pn ssh...
memadai kalau masing2  ...
seroja23 Post at 22-1-2011 16:03



Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 11:26 AM | Show all posts
x mampu.........................

tu carik yg sekufu.................

tp berusahalah ke arah kebaikan..................................

pasti akan ada jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 11:31 AM | Show all posts
waa bnyak syart nak jadi camni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060196 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list