CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3001|Reply: 0

[Johor] 'Macam mana nak cakap pada dia, kamu semua dah tak ada'

[Copy link]
Post time 14-10-2023 01:05 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Hairul (gambar kanan) ketika menziarahi pusara arwah adiknya Norahimah Noor dan ahli keluarga. FOTO TikTok

Muar: "Dik, Dollah (Abdullah) dah mula tanya pasal kau anak-beranak. Dia dah mula kata nak balik (Sekolah Agama) Kemedak (tempat arwah ibunya mengajar), jadi aku diam sahaja lah," luah Mohd Hairul Nor Muhammad, 54, yang kini serba salah untuk menceritakan kejadian sebenar kepada anak saudaranya, Abdullah Amir Ruddin, 15.

Kemalangan pada 1 September lalu di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan mengorbankan ibu bapa Abdullah, Abdur Rahman iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43 serta empat adik-beradiknya yang lain. .

Mohd Hairul yang juga abang kepada arwah ibu Abdullah dan seorang lagi lagi anak rawah yang masih hidup Abdur Rahman, 19, meluahkan perasaan itu ketika menziarahi pusara enam beranak itu di tanah perkuburan Islam Masjid Jamek Ubuddiah Parit Limbong, di sini yang kemudiannya dikongsikan dalam aplikasi TikTok.

Menerusi perkongsian itu, Mohd Hairul menjelaskan anak saudaranya yang terselamat dalam kemalangan tragis itu seolah-olah tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu bapanya serta adik-beradik lain.

Ini kerana, sehingga kini Abdullah belum mengetahui ibu bapa serta empat adik dan kakaknya sudah berada di alam lain.

"Abang cuma risau dik (Allahyarham Noorahimah), andai kata Dollah dah sihat esok, abang dah janji dengan dia nak bawa jumpa kau dan ambil adik-beradik.

"Kau bayangkanlah tiba-tiba dia sihat, abang bawa dia pergi kubur. Dah memang hak dia, dia tak tahu, jadi macam mana aku nak cakap pada dia, kau semua dah tak ada," katanya dalam keadaan suara teresak-esak.



PERKEMBANGAN terkini Abdullah yang dikongsikan Mohd Hairul menerusi TikTok. FOTO TikTok

Dalam pada itu, Mohd Hairul juga 'memberitahu' perkembangan terkini Abdullah yang semakin pulih serta sudah pandai bergurau kepada arwah Abdur Rahman.

Pada masa sama, dia memberitahu mereka sekeluarga sedang menumpukan perhatian terhadap Abdur Rahman dan Abdullah.

Tragedi memilukan awal September lalu itu turut terkorban adik dan kakak Abdullah, iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... u-semua-dah-tak-ada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057409 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list