CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3818|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pusat hiburan sedia penari bogel diserbu

[Copy link]
Post time 15-10-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA GRO yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Dang Wangi. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Tidak hanya menyediakan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) dari Bangladesh, Pakistan, India dan Nepal, empat pusat hiburan di Jalan Dang Wangi, di sini, didapati turut menyediakan tarian bogel kepada pelanggan.

Wanita yang kebanyakan dari Bangladesh itu menerima komisen hasil daripada wang tips pelanggan mereka yang rata-ratanya warga asing.

Pelanggan yang ingin memberi wang tips kepada wanita berkenaan perlu menukar token dalam bentuk wang palsu terlebih dahulu di pusat hiburan terbabit sebelum dibenarkan untuk menabur wang itu di atas pentas.

Aktiviti haram yang memonopoli pusat beli-belah itu bagaimanapun dikesan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selepas menyerbu kompleks beli-belah berkenaan, awal pagi tadi.

Operasi bermula pada 2 pagi dan berakhir pada 5 pagi itu berjaya menahan 37 individu.

Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, fokus operasi adalah pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dengan berpandu kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 113 individu termasuk 34 wanita tarian pentas daripada Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan warga tempatan.

"Siasatan mendapati semua premis terbabit dimiliki warga asing dan menjadi tumpuan pelanggan membabitkan warga asing daripada India, Pakistan, Bangladesh dan Nepal, selain warga tempatan.

"Pusat hiburan yang diserbu menyediakan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) yang akan menari di hadapan pentas dan akan menanggalkan pakaian sekiranya diberikan wang tips oleh pelanggan," katanya.

Menurutnya, semua pusat hiburan berkenaan menjalankan beroperasi setiap hari bermula 7 malam sehingga 7 pagi.

"Semua wanita pentas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

"Individu yang ditahan pula terdiri daripada pekerja dan pelanggan di siasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 12 (1)(F) Akta passport,"katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enari-bogel-diserbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.064161 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list