CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 0

[Selangor] Leftenan Muda Emil Syahid maut dipercayai akibat strok haba

[Copy link]
Post time 16-10-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode

ALLAHYARHAM Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar. FOTO Ihsan FB Tentera Darat Malaysia

Rawang: Seorang Pegawai Muda Kor Risik Diraja (KRD) disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kerana mempunyai simptom strok haba.

Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, 24 disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bharu, Johor, semalam.

Allahyarham antara 10 anggota dan pegawai yang mengalami simptom strok haba ketika menjalani latihan di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Kota Tinggi, Johor, kelmarin.

Difahamkan, Allahyarham mengalami pitam dan tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan Jalan Laju Kursus Tempur Pegawai Muda Tentera Darat di kem berkenaan.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Tasik Puteri, di sini hari ini.


JENAZAH Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Tasik Puteri untuk dikebumikan.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan turut hadir ketika majlis pengebumian.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam media sosial rasminya memaklumkan Muhammad Hafizuddeain turut bertemu dengan ibu bapa arwah, Iskandar Mohammed Nordin dan Zalilatulakma Sulaiman untuk memberi kata-kata semangat.

"Panglima Tentera Darat memberikan kata-kata semangat serta menyampaikan salam takziah selain menitipkan supaya keluarga tabah dengan ketentuan Ilahi," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seramai 10 penuntut yang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar PULADA, Kota Tinggi mengalami simptom strok haba dengan tiga daripada mereka diberikan rawatan rapi di hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon dilaporkan berkata, kejadian berlaku ketika peserta kursus berkenaan menjalani latihan di kem berkenaan.

Tiga daripada peserta dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) kerana memerlukan rawatan rapi manakala tujuh peserta dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT).
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... i-akibat-strok-haba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.078738 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list