View: 2140|Reply: 0
|
Gol Sabitzer sahkan Austria ke Euro 2024
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/austria111_1697503132.jpg)
MARCEL Sabitzer (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO REUTERS
Baku: Austria layak ke Euro 2024 selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Azerbaijan di tempat lawan untuk memastikan mereka menamatkan saingan di tangga kedua teratas Kumpulan F.
Pemain tengah Borussia Dortmund, Marcel Sabitzer menyempurnakan sepakan penalti tiga minit selepas masuk selaku pemain gantian pada separuh masa kedua untuk memastikan Austria beraksi di Kejohanan Eropah itu buat kali ketiga berturut-turut.
Pasukan bimbingan Ralf Rangnick bangkit selepas tewas 2-3 di tempat sendiri kepada Belgium minggu lalu sekali gus antara lapan negara yang sudah mengesahkan tempat ke kejohanan disertai 24 pasukan itu pada tahun depan di Jerman.
Austria dihadiahkan sepakan penalti pada awal separuh masa kedua apabila sepakan percuma Sabitzer terkena tangan pemain pemain Azerbaijan.
Jaringan keempatnya dalam kempen kelayakan dan sepakan penalti kedua dalam tempoh empat hari, sudah cukup untuk memastikan kemenangan kepada Austria ketika Tural Bayramov terlepas peluang lewat permainan bagi menyamakan kedudukan untuk Azerbaijan.
Austria menamatkan saingan dengan 10 pemain apabila Guido Burgstaller dibuang padang selepas mengutip dua kad kuning pada masa kecederaan.
Kemenangan kelima dalam tujuh perlawanan menyaksikan Austria 10 mata di depan Sweden di tangga ketiga, yang perlu melalui aksi play-off untuk mengelak daripada gagal layak buat kali pertama sejak Euro 96.
Austria kini berkongsi 16 mata dengan Belgium tetapi sudah bermain lebih banyak daripada pendahulu kumpulan itu yang belum tewas.
Austria akan menamatkan kempen kelayakan mereka di Estonia bulan depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ustria-ke-euro-2024 |
|
|
|
|
|
|
| |
|