View: 3774|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
133 ditahan dalam tiga hari Ops Tapis Khas di Negeri Sembilan
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof. - Foto NSTP/ Ahmad Hasbi
SEREMBAN: Seramai 133 individu ditahan dalam masa tiga hari pelaksanaan Ops Tapis Khas yang dijalankan di semua daerah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM11,863 dalam operasi dari 10 hingga 12 Oktober lalu itu.
"Dalam tempoh Ops Tapis sejak 10 Oktober yang dijalankan serentak di seluruh daerah, JSJN berjaya membuat 133 tangkapan secara keseluruhan.
"Tangkapan merangkumi kategori bekalan mengikut Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1) dan 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 membabitkan seramai 22 indvidu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, seramai 43 suspek ditahan bagi kategori memiliki dadah mengikut Seksyen 12(3) dan Seksyen 6 ADB serta Akta Racun 1952 manakala seramai 68 individu ditahan bagi kategori penyalahgunaan dadah.
"Daripada jumlah ini, seramai lima tangkapan membabitkan Seksyen 3(1) ADB Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, sembilan tangkapan mengikut Seksyen 39C(1) ADB manakala 33 lagi mempunyai waran tangkap," katanya.
Ahmad Dzaffir berkata, hasil operasi itu juga, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah termasuk air ketum dengan anggaran nilai RM11,863 selain rampasan aset terhadap pengedar berjumlah RM338,448.
Tegasnya, JSJN Negeri Sembilan amat serius dalam misi membanteras dadah secara habis-habisan dengan memberi fokus terhadap pengedar dadah yang aktif.
"Kami juga memberi tumpuan dalam melumpuhkan ekonomi pengedar dadah dengan menyita aset yang dimiliki melalui aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -di-negeri-sembilan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|