CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1950|Reply: 0

Agong kurnia 293 pingat kepada anggota tentera, Panglima ATM terima PGAT

[Copy link]
Post time 17-10-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera kepada Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia 2023 sesi pertama di Istana Negara. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2023 sesi pertama yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, Mohammad selaku penerima kehormat, mendahului senarai 293 penerima pingat termasuk enam pegawai tentera negara asing.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah PGAT kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Seri Paduka yang juga Pemerintah Tertinggi ATM ke istiadat pengurniaan darjah itu.

Pada istiadat itu, Seri Paduka mengurniakan darjah kehormat terdiri daripada darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 13 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada 43 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 112 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) melibatkan 116 penerima.

Al-Sultan Abdullah berkenan menganugerahkan darjah PGAT Kehormat kepada enam penerima dari negara asing iaitu Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI) Laksamana Yudo Margono, Panglima Angkatan Tentera Singapura Laksamana Madya Aaron Beng dan Kepala Staf TNI Angkatan Darat Jeneral Dudung Abdurachman.

Penerima lain pingat itu ialah Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral Saeed Rashid Ali Al Shehhi, Panglima Tentera Laut Pakistan Laksamana Muhammad Amjad Khan Niazi dan Panglima Tentera Laut Diraja Thailand Laksamana Chemgchai Chomchemgpat.

Penganugerahan Pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perkhidmatan ATM.

Hadir sama ke istiadat itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak dan Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Sesi kedua istiadat itu dijadual berlangsung di Istana Negara, Khamis ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ima-atm-terima-pgat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194051 Replies : 4493
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5023 Replies : 45
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23617 Replies : 153
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74202 Replies : 2976
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8371 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78469 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5918 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6799 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 30082 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 10022 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056020 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list