CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1402|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPM rancang perluaskan Hadis 40 Imam Nawawi ke semua sekolah

[Copy link]
Post time 17-10-2023 05:09 PM | Show all posts |Read mode

Fadhlina Sidek

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) bakal memperluaskan pelaksanaan program penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi ke semua sekolah di bawah kementerian itu mulai tahun depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memberi jaminan pelaksanaan program ini hanya membabitkan pelajar beragama Islam saja tanpa pembabitan murid bukan Islam dalam semua aktiviti yang dirancang pihak sekolah.

Menurutnya, usaha itu bertujuan membentuk sahsiah dan nilai yang baik selain memupuk semangat kasih sayang dan menerapkan kefahaman agama dalam kalangan murid Islam ke arah melahirkan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) selain menyokong elemen dalam rukun Malaysia Madani khususnya berkaitan hormat dan ihsan.

"Modul ini dibangunkan KPM dan diselaraskan dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan syarah atau kupasan hadis dalam modul terbabit sesuai dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia.

"Modul penghayatan ini bukanlah mata pelajaran baharu, namun modul itu adalah bahan pengayaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

"Jadi modul yang digunakan tiada pertindanan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam sedia ada.

"KPM merancang untuk melaksanakan perluasan aktiviti penghayatan ini ke semua sekolah KPM yang hanya akan membabitkan murid beragama Islam saja mulai tahun 2024," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan dari PN-Kuala Krau, PN-Temerloh, PN-Kuala Krai, PH-Bukit Bintang, PH-Sri Gading, PN-Tumpat dan PN-Kulim Bandar Baharu berhubung pelaksanaan program berkenaan di sekolah.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata, untuk tahun ini, program itu dilaksanakan secara rintis di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dengan menggunakan modul yang mengandungi semua 42 hadis yang terkandung dalam buku Hadis 40 Imam Nawawi.

"KPM sudah mengeluarkan Surat Siaran Pelaksanaan Aktiviti Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di SMKA dan SABK pada 4 Oktober lalu, jadi semua pengetua dan guru besar SMKA dan SABK perlu melaksanakan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang disesuaikan dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia.

"Saya tegaskan sekali lagi, syarah yang dibuat bersama Jakim ini sangat penting untuk memastikan konteksnya itu dan pemahaman itu sampai kepada pelajar.

"Aktiviti itu juga boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau luar bilik darjah," katanya.

Menurutnya, pihak sekolah boleh merujuk Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dengan memuat turun modul itu menerusi pelantar pembelajaran Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) KPM bagi memastikan aktiviti penghayatan itu dapat dilaksanakan dengan baik.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wi-ke-semua-sekolah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.114818 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list