CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1595|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Anak hilang di Myanmar

[Copy link]
Post time 17-10-2023 05:19 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Bapa kepada dua anak yang dipercayai hilang di Myanmar selepas dikatakan menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang.

Bapa mangsa yang dikenali sebagai Wong, 50, berkata, kali terakhir mereka berhubung menerusi panggilan WeChat pada September lalu apabila anaknya berusia 23 tahun itu meminta bantuan daripada keluarganya itu.

"Pada Mac dia pergi ke Myanmar untuk cari kerja tetapi dia tak beritahu kerja sebagai apa.

"Dia cakap mahu ke sana untuk gaji lebih lumayan demi sara dua anak berusia tiga dan empat tahun.

"Sepanjang di sana, dia ada berhubung dengan ibunya, bertanya khabar dan sebagainya tetapi dia tidak cerita bahawa dia jadi mangsa sindiket sehinggalah bulan lalu dia dimasukkan ke hospital kerana sakit dada," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, sekitar September lalu mangsa menghubungi adik perempuan untuk memberitahu yang dia merancang untuk melarikan diri daripada cengkaman sindiket berkenaan.

Katanya, selepas melarikan diri mereka sekeluarga gagal menghubungi anak lelakinya itu dan sehingga kini gagal dikesan lebih dari dua minggu.

"Dia (mangsa) ada hubungi adik perempuannya dan minta tolong buat laporan polis di Malaysia serta memaklumkan rancangannya untuk lari ketika menerima rawatan.

"Bagaimanapun sehingga kini kami tidak dapat menghubunginya dan khuatir jika berlaku perkara tidak diingini berlaku kepadanya.

"Jadi kami mohon pihak bertanggungjawab untuk membantu kami mengesan dan menyelamatkan anak kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-hilang-di-myanmar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.238174 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list