View: 1818|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Rakyat Malaysia ada 'pakej' untuk jadi hamba sindiket tipu online
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Kebolehan dwibahasa kebanyakan rakyat Malaysia menjadikan mereka calon terbaik untuk dijadikan hamba sindiket penipuan dalam talian.
Rata-rata yang menjadi mangsa apabila termakan umpan sindiket yang menjanjikan pekerjaan dengan pendapatan lumayan di negara-negara jiran.
Sindiket berkenaan gemar mencari mangsa menerusi pelbagai platform dalam talian terutama menggunakan media sosial malah ada mangsa mendedahkan mereka menggunakan ejen dalam kalangan rakyat tempatan sendiri untuk mencari mangsa.
Perkara itu didedahkan Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo pada satu sidang media, di sini hari ini.
"Kalau dahulu selalu kita dengar kaum Cina kerap menjadi mangsa namun kini sindiket ini mula mensasarkan semua kaum termasuk Melayu dan India.
"Mereka kerap guna media sosial, tetapi ada juga kes yang 'kawan makan kawan' dia pancing guna gaji tinggi tak masuk akal saya rayu tolonglah jangan percaya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Daniel berkata, ramai golongan muda termakan umpan sindiket yang menjanjikan pendapatan lumayan walaupun pelbagai amaran sudah diberikan menerusi media massa.
"Kalau dapat iklan macam ini walaupun dari kawan rapat tolonglah bincang dahulu dengan ibu bapa atau pergi siasatan latar belakang syarikat dengan Kementerian Luar Negara.
"Kita harap kerajaan buat sesuatu untuk membendung masalah ini contohnya ketatkan syarat jika individu berusia bawah 40 tahun ini mahu pergi ke negara berisiko tinggi ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... indiket-tipu-online |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|